Motosikal / Skuter / Roda

Harley-Davidson Umum Pelan Pertumbuhan, Barisan Model Baru

Umum mengetahui bahawa Harley-Davidson sedang bergelut dengan masalah prestasi jualan yang tidak memberangsangkan dan kesukaran untuk menarik pembeli, terutamanya golongan lebih muda. Bagaimanapun, syarikat itu masih belum berputus asa dan telah mengumumkan pelan pertumbuhan baru ‘More Roads to Harley-Davidson’ yang merangkumi pengenalan model-model segar dan strategi pemasaran baharu.

BHP

Menurut syarikat yang berpangkalan di Wisconsin itu, ia akan memperkenalkan platform modular bagi motosikal ‘middleweight’ bersesaran 500 hingga 1,250 cc, bermula dengan model Adventure Touring pertamanya iaitu Pan America 1250, diikuti dengan Custom 1,250 cc dan Streetfighter 975 cc. Ketiga-tiga model tersebut disasarkan untuk pelancaran bermula 2020.

2020-Harley-Davidson-Custom-concept-02

Harley-Davidson turut akan membangunkan motosikal kecil bersesaran 250 hingga 500 cc untuk pasaran Asia. Motosikal-motosikal ini akan dibina menerusi perikatan strategik dengan sebuah pengeluar di Asia dengan fokus kepada pasaran India yang dikatakan sedang pesat membangun.

2019-harley-davidson-livewire

Selain itu, motosikal elektrik LiveWire akan turut dilancarkan pada tahun hadapan dan akan disusuli oleh model-model lebih ringan dan kecil sehingga tahun 2022 bagi menarik golongan penunggang baharu.

2020-Harley-Davidson-Streetfighter-concept-02

Bagi aspek pemasaran, Harley-Davidson mendedahkan rancangan untuk mewujudkan kerjasama dengan penyedia e-dagang selain memperkenalkan format runcit baru bagi tujuan pendedahan jenama, serta jaringan pengedar yang lebih kukuh.

Previous post

Saga Capai 3.51L/100KM Dalam Proton 1-Tank Adventure Pusingan Pantai Timur

Next post

Shell Rimula Baru Kini Dengan Spesifikasi API CK-4

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *