Bisnes

Lotus Cars Akan Mendapat Pelaburan USD1.9B Dari Geely

Berita baik untuk jenama Lotus kerana pemiliknya yang baru Zhejiang Geely Holding Group sedang menimbang pelaburan sekitar USD1.9 bilion untuk menghidupkan semula jenama British dan bersaing secara langsung dengan jenama premium seperti Porsche dan Ferrari.

Syarikat China itu, yang juga memiliki Volvo Cars dan Proton, merancang untuk menambah kemudahan pengeluaran dan pusat penyelidikan untuk Lotus di UK. Geely juga dalam perbincangan untuk meningkatkan  kepentingannya 51% dalam Lotus dengan rakan Malaysianya Etika Automotive, yang memegang bakinya.

 

 

Pelan pelaburan itu adalah sebahagian daripada visi Billionaire Li Shufu untuk membawa Geely ke barisan hadapan industri auto untuk mencabar dominasi global Toyota & Volkswagen Group. Kumpulan Li memperoleh Volvo pada tahun 2010 dan membelanjakan lebih daripada USD11 bilion untuk memodenkan kilang-kilangnya dan membantu memulihkan jenama Sweden. Pada bulan Februari, Li muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam pembuat kereta mewah Jerman Daimler dengan hampir 10% kepentingan.

 

Previous post

Bunyi Kelajuan Kia Di Dalam Stinger

Next post

Automotive Hummer H1 Mil-Spec, Harga Dari RM960k Sebelum Cukai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *