Promosi / Tawaran / Peraduan

Pemandu Grab Terima Ganjaran Dari PROTON

Suasana gembira di Pusat Kecemerlangan PROTON (COE) di mana rakan-pemandu dari Grab, sebuah platform teknologi Online-to-Offline (O2O) Malaysia dan Asia Tenggara, diberi ganjaran untuk prestasi mereka pada pusingan akhir cabaran PROTON Wealth on Wheels (WOW) pada 9 Ogos 2018. Promosi WOW ini adalah hasil kerjasama PROTON dan Grab yang memberi ganjaran kepada rakan-pemandu Grab yang memandu Proton Iriz, Persona dan Saga, untuk ketekunan dan kemampuan mereka untuk memanfaatkan hanya satu tangki minyak penuh.

BHP

Untuk cabaran PROTON WOW, 2,181 pemandu Grab telah direkrut dari 10 – 29 Julai dengan 1,000 orang pertama diberi ganjaran baucar servis kereta RM30 dari PROTON. Tempoh kelayakan bermula dari 1-5 Ogos dengan semua peserta diberikan 5 hari untuk memandu di Lembah Klang untuk memperoleh tambang sebanyak yang mungkin.

06 PROTON WOW_PERSONA_TUN KAMALUL ZAMAN BIN ABDUL JAMAL

PROTON WOW_PERSONA_TUN KAMALUL ZAMAN BIN ABDUL JAMAL

Pemandu terbaik dalam setiap kategori (Iriz, Persona dan Saga) kemudian dipilih untuk bersaing dalam pusingan akhir, bermula di PROTON COE. Semua rakan-pemandu Grab yang mengambil bahagian dalam pusingan akhir dihadiahkan dengan baucar bernilai RM500 setiap satu, yang boleh ditebus untuk pembelian kereta Proton baru.

Setiap peserta kemudiannya menuju ke stesen minyak terdekat untuk mengisi satu tangki minyak penuh dan tangki minyak mereka ditutup dengan pelekat khas sebelum perjalanan bermula pada pukul 9 pagi untuk memperoleh tambang sebanyak yang mungkin. Sebelum pulang pada pukul 5 petang, peserta menuju ke stesen minyak terdekat ke arah COE di mana penggunaan minyak diukur.

05 PROTON WOW_SAGA_Lim Poh Aik

PROTON WOW_SAGA_Lim Poh Aik

“Proton 1-Tank Adventure mengingatkan pembeli kereta bahawa kereta Proton boleh membawa mereka ke beberapa perjalanan yang indah di sekitar Malaysia menggunakan hanya satu tangki minyak penuh. Dengan Grab, kami ingin menunjukkan rakan-pemandu mereka bahawa sebuah kereta Proton membantu mereka berjalan cepat, selamat dan jimat, pada masa yang sama mempunyai baki duit yang masih banyak dalam poket mereka pada penghujung hari,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar .

Para pemandu yang berpretasi terbaik untuk setiap kategori semasa pusingan akhir diberi ganjaran baucar pembelian kereta Proton bernilai RM6,888 dengan insentif khas dari Grab. Semua finalis juga akan dijemput ke majlis pelancaran SUV pertama PROTON dan acara uji pandu yang eksklusif.

  • Pemenang setiap kategori:
kategori Drebar Minyak Diguna (L) Pendapatan (RM)
Saga Lim Poh Aik 16 168
Persona Tun Kamalul Zaman bin Abdul Jamal 25 353
Iriz Long Mun Fai 16 158

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman Facebook rasmi PROTON: https://www.facebook.com/ProtonCarsOfficial

04 PROTON WOW_IRIZ_LONG MUN FAI

PROTON WOW_IRIZ_LONG MUN FAI

Previous post

BMW Group Malaysia Mula Eksport MINI Countryman ke Thailand

Next post

Petron Turbo Diesel Euro 5 Menggerakkan Ekspedisi Rainforest Trophy

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *