Penghasilan Kuasa Enjin Ford Fiesta ST-1.6L EcoBoost®
Enjin 1.6L EcoBoost®
Memberikan kuasa tork 182 PS dan 240 Nm dan disokong oleh transmisi manual enam-kelajuan. Enjin ringan alumimiun sepenuhnya dan unik ini bukan saja menyumbang kepada pengawalan yang lebih baik tetapi juga memberikan kuasa dan kecekapan penggunaan bahan api, terima kasih kepada suntikan terus bertekanan tinggi, turbocharging dan Twin independent Variable Cam Timing (Ti-VCT).
Hasil dari ini Fiesta ST berkeupayaan mencapai 0-100km/sejam dalam masa 6/9 saat dan puncak kelajuan 220 km/sejam – mengikut stastiknya, memang layak menjadi produk paling berkuasa yang pernah dibangunkan oleh Fiesta Ford.
Pilihan yang boleh didapati adalah Ford ESC (electronic stability control), yang menawarkan pemandu kemewahan memilih 3 mod – standard, sport atau off (pemanduan litar lumba)
Belt-driven dual camshafts, sebahagian dari komponen yang digunakan dalam enjin Ford 1.6 liter EcoBoost®, menawarkan kekukuhan dan daya tahan yang hebat.
Overboost
Antara komponen Fiesta ST yang paling terserlah adalah ciri ciri overboost turbo yang tersendiri, yang membolehkan kereta mencapai peningkatan tambahan pada tork apabila memecut.
Beroperasi antara 1600rpm dan 6000 rpm, fungsi overboost mempunyai kapisiti untuk meningkatkan output enjin kepada kuasa 147kW dan tork 290Nm. Ini bermakna turbocharger tersebut boleh secara automatik memberikan pemandu tambahan galakkan, terutamanya apabila pecutan ekstra diperlukan. Overboost ini dibina dalam kalibrasi enjin untuk Fiesta ST dan mengembangkan rangkaian revolusi per minit (RPM) untuk puncak selekoh tork, dan hasilnya prestasi terbaik sepenuhnya.
Engine Sound Symposer
Ciri-ciri lain bagi enjin Ford 1.6 liter EcoBoost® adalah enjin Sound Symposer yang mengutamakan kualiti bunyi dan tindakbalas dan bunyi bising yang ditapis ke dalam ruang penumpang.
Mahukah uji pandu dan merasakan sendiri keseronokan, prestasi dan kuasa Fiesta ST? Lawati bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia yang terdekat untuk sebarang pertanyaan. Fiesta ST baharu kini boleh didapati untuk tempahan dengan harga dari RM149,888.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.ford.com.my
No Comment