Gambar Intip Model Toyota Hilux 2016
Generasi terbaru dari Toyota Hilux akhirnya tiba untuk menggantikan versi lama yang sudah hampir 10 tahun dan masih sebuah kenderaan yang berkeupayaan dan boleh dipercayai tetapi sudah nampak agak lapuk dibandingkan dengan Ford Ranger dan Isuzu D-Max apabila melihat pada penampilan dan reka dalamannya.
Ini adalah gambar Hilux baharu yang kelihatan lebih baik rekabentuknya. Tiada lagi lampu depan yang besar dan bumper ala 90an.
Model baharu ini lebih mengikut rekaan Toyota Keen Look, iaitu lebih nipis, lampu depan yang lebih panjang dengan garis tipis LED daytime running lights, gril atas yang melengkok, saluran rendah trapezoid dan juga garis sisi yang lebih nampak tajam.
Hudnya tampak lebih terbonjol pada hujungnya dan gerbang dapra yang seperti terlekat pada
Sebagai kenderaan pickup Toyota pada tahap global, Hilux akan menawarkan tiga gaya cab (Single Cab, Extended Cab dan Crew Cab) dengan beberapa siri enjin. Unit diesel 2.5 liter atau 3 liter yang ubahsuai mungkin akan ditawarkan sebagai permulaan.
No Comment