Berita Auto

Audi TT & TTS Roadster Tiada Had

Audi memperkenalkan generasi ke-3 TT Roadster* dan generasi ke-2 TTS Roadster*.  Bumbung-buka 2 tempat duduk mempesonakan dengan karektor kereta sport yang tulen, rekaan tersendiri, kecemerlangan dinamik dan teknologi terkini.  Antara yang menyerlah adalah kokpit maya Audi, peralatan digital.

Audi-TT-Roadster-MQB-type-FV-386

Cerita kejayaan Audi TT bermula dalam pertengahan tahun 1990-an dengan roadster – model pertama kereta sport kompak yang mempunyai bumbung lembut yang ringan.  TT Roadster dikeluarkan pada tahun 1999: penggantinya dilancarkan pada tahun 2007. Kini Audi memperkenalkan generasi ke-3 bumbung –buka dua tempat duduk.  TT Roadster dan TTS Roadster baharu menampilkan karakter sporti dan teknologi terkini.

Karektor sporti tulen dari TT Roadster jelas kelihatan bila masuk ke dalam kenderaan itu.  Bila dibuka saja pintu kenderaan serta merta kokpit maya Audi – dengan peralatan digital sepenuhnya, mula hidup.  Ia memberikan informasi sepenuhnya yang pintar, grafik 3D, dari pilihan navigasi peta kepada besar, tachometer pusat pada TTS Roadster.  Inovasi lain adalah konsep operasi dalam MMI.  Ianya menyokong pencarian teks percuma dan kawalan pertuturan yang natural.

Audi-TT-Roadster-MQB-type-FV-384

Bumbung terbuka dua tempat duduk Audi baharu adalah mesin pemanduan: berkuasa tinggi, kecekapan tanpa kompromi.  Pengawalannya sporti.  Pemanduan Roadster pada selekoh lancar, dipandu oleh stereng yang sensitif dan ratio-secara langsung yang progresif.

Quattro kekal pemanduan empat pacuan roda yang baru dibangunkan menyatukan keseronokan memandu dan kekukuhan, terima kasih kepada klac elektrohidrolik plat-pelbagai.  Ia mengagihkan kuasa secara optimum di antara gandar depan dan belakang sebagai fungsi pada situasi memandu, TT Roadster dengan enjin 2.0 liter TDI mengambil label ‘ultra’.  Penggunaan bahan api hanya 4.3 liter per 100 kilimeter (54.7 mpg). Dengan emisi CO2 yang hanya 114 gm per kilometre (183.5 g/mi), TT Roadster ini menetapkan penanda aras baru dalam segmen kereta sport.

Enjin 2.0 TFSI dalam TTS Roadster mengagumkan dengan kuasa 228 kW ( 310 hp) dan bunyi yang dramatik.  Pecutan dari 0-100km/sejam (62.1 mph) mengambil masa hanya 4.9 saat – Audi TTS Roadster adalah sebuah kereta sport yang menyeronokkan.

Audi-TT-Roadster-MQB-type-FV-S-line-291

Previous post

Ini Dia Infiniti Red Bull Racing

Next post

Turbocharging: Satu Introspektif

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *