Berita Auto

Toyota Fortuner Dikemaskini Untuk Tahun 2015

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan pembaharuan untuk Toyota Fortuner, SUV 4 x 4 saiz penuh yang ditawarkan di pasaran Malaysia.  Perubahan luaran untuk Fortuner 2015 adalah rekaan semula lampu depan dan kombinasi lampu belakang yang mempunyai bezel gelap baru untuk penampilan sporti.  Lens luar yang melindungi projektor lampu depan telah direka untuk lebih menonjol, memberikan imej yang hebat kepada kenderaan tersebut.

DRLs atau Daytime Running Lights kini dipasang pada sisi bahagian sipi bumper deoan.  DRLs yang mengandungi 5 LED, diletakkan pada bumper untuk meningkatkan penglihatan kenderaan kepada pengguna jalan yang lain.

Untuk model tahun 2015, Fortuner juga menerima dua lagi warna luaran, menjadi jumlahnya 5 pilihan.  Attitude Black dan Grey Metallic adalah penambahan kepada tiga pilihan warna sedia ada iaitu Medium Silver Metallic, Solid White and Silver Metallic.

Lima warna ini adalah untuk semua varian-varian Fortuner berikut:

Fortuner 2.7V Petrol TRD Sportivo

Fortuner 2.7V Petrol

Fortuner 2.5G Diesel TRD Sportivo

Fortuner 2.7G Diesel

Konsep rekaan moden untuk dalaman 7-kerusi ini menggunakan tema yang sama dengan ‘Advanced & Prestige’.  Panel hitam woodgrain dalam Fortuner 2.7V meningkatkan imej prestij manakala black shades disekitar kabin mempamerkan imej berkualiti serta lebih praktikal untuk SUV yang akan digunakan off-road.

Susunan kerusi yang fleksibel boleh memuatkan hingga tujuh penumpang dengan kombinasi berbeza yang boleh didapati bergantung kepada jumlah dan jenis kargo yang dibawa.  Udara sejuk diberikan pada penumpang belakang melalui blower siling yang mempunyai pelarasan kelajuan kipas sendiri.

Toyota-Fortuner-pict2

Pilihan Aksesori Toyota

Bagi model tahun 2015, pelanggan Fortuner mempunyai pilihan termasuk Sistem DVD Audio-Video Navigation (DVD-AVN).  Ini menawarkan tahap perhubungan yang lebih maju di mana sistem boleh interface dengan telefon pintar yang serasi (Andriod dan iOS) menggunakan WiFi untuk memungkinkan pengaksesan internet dari aplikasi pencarian Internet yang sedia ada dalam head unit. Perhubungan Bluetooth® membolehkan melayari muzik wayarles dan juga menggunakan panggilan bebas-tangan dari telefon pintar.

Seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Fortuner datang dengan 3 tahun/100,000 km (tertakluk kepada yang mana sampai dulu dari masa lepas pendaftaran pertama) waranti.  Harga atas-jalan (pendaftaran individual dengan insuran, warna metallic, Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:

TOYOTA FORTUNER 2.5G (D) A/T                                 : RM172,122.20

TOYOTA FORTUNER 2.5G (D) A/T TRD Sportivo       : RM175,580.20

TOYOTA FORTUNER 2.7V (P) A/T                                   : RM179,841.30

TOYOTA FORTUNER 2.7V (D) A/T TRD Sportivo         : RM172,122.20

 

Toyota-Fortuner-pict3

Previous post

Projek Aprillia RS-GP Buat Kemunculan Pertama di Sepang

Next post

Review Ringkas Hyundai Sonata Model 2015

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *