Gaya Hidup / Lifestyle

Tim Pengembaraan Ford Lanun Darat

Pemilik dan penggemar Ford telah diberi peluang untuk meningkatkan skil pemanduan di luar jalan apabila mereka meredah laluan sukar di Tamparuli, Sabah, sepanjang pengembaraan Ford Lanun Darat 2015, yang diadakan selama dua hari pada 7 dan 8 Februari.

Photo-1-4

Dianjurkan oleh Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tempatan Ford di Malaysia, ekspedisi diteruskan melalui dua laluan berbeza.  Lebih dari 80 peserta mengikuti cabaran ini dengan diketuai oleh pengajar veteran keselamatan, Paul Si.  Konvoi tersebut termasuk 24 buah pickup Ford Ranger dan Everest SUV.  Dibuat khusus untuk pelanggan dan penggemar Ford, acara tahun ini penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mencabar untuk mempamerkan kekukuhan model Ranger.

Photo-5

“Lanun Darat adalah antara banyak lagi program kami yang dianjurkan untuk mendekati pelanggan kami dan melengkapkan mereka dengan keperluan skil pemanduan untuk menggunakan sepenuhnya kenderaan mereka,” kata Lee Au San, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion.

Photo-4-4

Pengembaraan Lanun Darat 2015 bermula dari bilik pameran SDAC di Kota Kinabalu, dengan sesi luar jalan pertama diadakan di Tamparuli, di mana peserta mengikuti sesi praktikal dengan Paul Si tentang teknik keselamatan luar jalan, sebelum berpatah kembali ke Shangri-La Rasa Ria Resort. Hai kedua pula terdiri dari sesi luar jalan lain di Sepanggar, sebelum konvoi

Photo-3-4

Sesi ini menawarkan peluang baik untuk menguji keupayaan tahan lasak Ranger di luar jalan, dan juga sebagai peneraju pasaran dalam kombinasi ciri-ciri keselamatan, kuasa, kapisiti muatan, penundaan dan keupayaan meraduk air yang telah menjadikannya penjualan pickup nombor dua di Malaysia.

Konvoi ini termasuk varian rangkaian sepenuhnya Ranger, dari model asas XL hingga Wildtrak yang popular, dan juga model yang baharu diperkenalkan iaitu Ranger Double Cab 4×4 3.2L XLT Hi-Rider.  Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.ford.com.my

Photo-6

Previous post

Tawaran Hebat Toyota Untuk Sambutan Tahun Baru Cina

Next post

Kumpulan Volkswagen Bersedia Untuk 2015 Yang Mencabar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *