Motosikal / Skuter / Roda

Ducati Malaysia Lancar Tiga Model Berkuasa Tinggi

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, hari ini melancarkan tiga model berprestasi tinggi iaitu Panigale V4 dan V4 S, Multistrada 1260 S dan Monster 821.

BHP

Panigale V4

Ducati Panigale V4 S 01

Dibangunkan berasaskan jentera Desmosedici dari MotoGP, Panigale V4 dikuasakan oleh enjin Stradale 1,013 cc yang menghasikan 214 hp pada 13,000 rpm dan 124 Nm pada 10,000 rpm. Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri elektronik canggih, termasuk platform data inersia enam paksi (6D IMU), Slide Control, Cornering ABS serta Quickshift.

Ducati Panigale V4 S 04

Panigale V4 S mempunyai spesifikasi yang sama dengan V4, namun didatangkan dengan beberapa kelengkapan tambahan iaitu fork Ohlins, penyerap hentak Ohlins, peredam stereng, rim aluminium serta bateri lithium ion.

Ducati Panigale V4 S 02

Boleh didapati dengan pelbagai aksesori dan pakej naik taraf, Panigale V4 dijual pada harga RM129,900 manakala Panigale V4 S pada harga RM169,900.

Multistrada 1260 S

Ducati Multistrada 1260 01

Dilancarkan buat pertama kali pada 2010, Multistrada kini didatangkan dengan enjin, casis dan pakej elektronik terbaru yang menjadikannya motosikal touring yang lebih lengkap. Ia dijual pada harga RM129,900.

Ducati Multistrada 1260 02

‘Nadi’ Multistrada 1260 S merupakan enjin Testastretta DVT 1,262 cc yang menghasilkan 158 hp pada 9,000 rpm dan 129.5 Nm tork pada 7,500 rpm. Menurut Ducati, enjin yang patuh piawaian Euro 4 ini menjanjikan jumlah tork yang tinggi pada julat rendah hingga pertengahan.

Ducati Multistrada 1260 03

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem Ride-by-Wire dan Ducati Quickshift (DQS) yang dikatan dapat meningkatkan pengalaman menunggang. Ciri-ciri lain seperti Bosch IMU (Inertial Measurement Unit), Cornering ABS, Wheelie Control serta suspensi Skyhook turut disertakan.

Monster 821

Ducati Monster 821 01

Masih menampilkan reka bentuk ikonik seperti yang dilihat pada model Monster 900 yang diperkenalkan pada tahun 1992, Monster 821 kini didatangkan dengan cangkuk pengancing pada bahagian tangki serta paparan warna TFT dengan penunjuk kedudukan gear dan tahap bahan api.

Ducati Monster 821 04

Enjin Testastretta 11º ditugaskan untuk menggerakkan jentera ini dengan 109 hp pada 9,250 rpm dan 86 Nm pada 7,750 rpm. Antara kelengkapan standard yang ada termasuklah Ducati Safety Pack dengan ABS dan Traction Control, tiga mod menunggang, brek Brembo dengan cakera 320 mm dan angkup Monobloc serta sistem suspensi yang diperbaharui.

??????????????????????????

Monster 821 boleh didapati dalam dua warna iaitu Ducati Red pada harga RM69,900 dan Classic Ducati Yellow pada harga RM70,900.

Previous post

Komuniti Perodua Sumbang RM1.1 Juta Kepada Tabung Harapan Malaysia

Next post

Honda Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Kementerian Pendidikan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *