Hennessey Goliath 6X6 – Enam Tayar, 705 HP
Berikutan kejayaan model VelociRaptor 6X6, syarikat talaan terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Hennessey Performance kini memperkenalkan satu lagi trak enam tayar yang dikenali sebagai Goliath 6X6.
Dibina berasaskan trak Chevrolet Silverado Trail Boss Z71, jentera ini bukan sahaja mempunyai saiz yang agak ‘menakutkan’, malah turut dikuasakan oleh enjin yang amat berkuasa.
Enjin yang dimaksudkan adalah enjin 6.2-liter V8 yang dilengkapi dengan sistem supercharger berkapasiti 2.9-liter dengan ‘boost’ sehingga 7 psi. Hasilnya adalah 705 hp pada 6,200 rpm dan 915 Nm pada 4,200 rpm, cukup untuk menggerakkan Goliath dari 0 hingga 100 km/j dalam empat saat.
Goliath didatangkan dengan lift kit lapan inci, manakala rim yang digunakan adalah bersaiz 20 inci yang dibalut dengan tayar off-road BFG bersaiz 37 inci. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan rollbar dan lampu LED.
Apa yang menarik, Hennessey turut menawarkan pakej naik taraf 808 hp bagi pelanggan yang inginkan lebih kuasa serta sistem brek Brembo. Bagaimanapun, pengeluaran Goliath akan dihadkan kepada 24 unit sahaja bagi pasaran seluruh dunia dengan harga bermula dari $375,000 (RM1.55 juta).
No Comment