Kenapa Kena Pandu Perlahan Dan Berhati-Hati Ketika Hujan Lebat
Ini yang kita tahu. Kemalangan ini berlaku 4 November lalu di Kota Damansara. Longkang besar ini bersebelahan Sunway Giza. Kereta Toyota Vious ini, dipercayai kereta sewa, terbabas, melanggar halangan besi dan tersangkut diantara dinding longkang besar itu. Pemandu dan 2 penumpang selamat keluar.
Selepas beberapa minit, bumper belakang dan depan, bonet mula pecah dan kereta itu masuk muncung dulu kedalam longkang. Arus yang kuat menarik kereta itu sedikit demi sedikit ke dalam longkang sehingga ianya terapung sepenuhnya dan hanyut laju dibawa arus. Orang ramai yang menyaksikan semua ini hanya boleh menjerit ‘ooh’ dan ‘aah’ saja! Tidak ada apa yang boleh dilakukan mereka. Kereta tunda yang ada pun tenguk saja. Terlalu cepat.
Kami difahamkan bahawa kesemua pemandu dan dua penumpang adalah pelajar dari luar negara, selamat dengan cedera ringan sahaja. Mereka sempat keluar sebelum kereta di hanyut arus. Kereta dijumpai keesokan harinya dan nampak gayanya ianya masih boleh diselamatkan dan bukannya ‘total lost’.
So, sekali lagi, samada hujan renyai-renyai atau hujan lebat jangan pandu laju dan beri tumpuan yang sepenuhnya.
No Comment