KTM Perlihatkan Program X-Bow Baharu
Reiter Engineering dan KTM telah mendedahkan maklumat lanjut tentang debut trek X-BOW GTR ini. Ujian pertama di atas trek oleh kereta GT4-spec dijadualkan lewat bulan ini, dengan ujian Imbangan Prestasi SRO yang dijadualkan pada Mac ini.
Kereta itu akan disediakan kepada pelanggan pada bulan April. Satu senarai harga telah diberikaniaitu 139,000 Euro (USD158,000). Selain itu, imej kereta dengan telah siap sepenuhnya telah diperlihatkan.
“Pertama sekali saya perlu puji semua yang terlibat di KISKA, di KTM Technologies dan KTM Sportcar GmbH yang telah bekerja tanpa henti, sama seperti orang-orang saya sendiri yang telah benar-benar menjalankan tugas yang sempurna dalam masa yang sesingkat mungkin,” kata Hans Reiter, “Kini, kami dalam fasa akhir dan jika kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik, dengan jadual yang sangat singkat, ia nampak bagus. Selaras dengan program ini, ujian pertama dirancang pada pertengahan hingga akhir bulan Februari.”
Kereta GT4-spec mungkin akan layak untuk menyertai Kejohanan Eropah GT4 SRO, Pirelli World Challenge, British GT Championship, atau VLN. Model X-Box yang boleh digunakan atas jalan telah dilancarkan sejak tahun 2008, go-cart yang beratnya hanya 790kg sah digunakan atas jalan. Dikuasakan oleh Enjin TFSI Turbocharge 2.0 liter, sumber dari Audi, model X-Bow ini bagus untuk 0-100 km/sejam dalam hanya 3.9 saat, terima kasih kepada kuasa 240hp dan tork 310NM.
No Comment