Berita Auto

Proton X70 Akhhirnya Dilancarkan. Harga Rasmi Diumumkan. Dari RM99,800

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FAScreenshot 2018-12-12 at 11.04.50 PMProton X70 at KLIMS

Proton secara rasmi telah melancarkan Proton X70 pada majlis yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Butiran penuh SUV tersebut telah dikongsikan pada majlis itu termasuk harga jualan, pakej servis, pembiayaan dan waranti.

Proton X70

Lebih 10,000 tempahan yang diterima. Penyerahan Proton X70 dikatakan akan bermula pada minggu-minggu akan datang kerana Syarikat mahu pelanggan mendapatkan kereta mereka secepat mungkin. Ada di antara mereka yang telah menunggu lebih dari enam bulan, dengan memberikan nama kepada pengedar sebelum tempahan dibuka secara rasmi.

Turut diumumkan ialah pakej nilai tambahan istimewa yang dinamakan sebagai pakej Xtra yang melibatkan empat perkara yang berbeza.

Pakej Servis Xtra menawarkan alat ganti dan kos pekerja secara percuma untuk servis yang pertama serta kos pekerja percuma untuk lima kali servis berjadual bagi 100,000km atau lima tahun.

Proton X70

Selain itu, terdapat juga Pakej Pembiayaan Rendah Xtra, yang menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.34% p.a. untuk pembeli yang berkelayakan.

Jaminan perbatuan tanpa had di mana Pakej Perlindungan Waranti Xtra akan melindungi Proton X70 selama lima tahun tanpa mengira jarak perbatuan.

Akhir sekali, Pakej Data Xtra menawarkan data internet percuma selama lima tahun (dihadkan pada 1GB sebulan).

Proton X70

 

 

Previous post

Lagi Fasiliti Pengecasan BMW i

Next post

TVS Masuk Pasaran Malaysia Dengan 2 Model Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *