Berita Auto

M3 E30 Rekaan Vilner Ini Pasti Buat Peminat BMW Terliur

Pakar ‘aftermarket’ dari Bulgaria telah memperkenalkan projek terbaru mereka iaitu sebuah BMW M3 E30. Didatangkan dalam warna Imola Red II, jentera ini menampilkan kit badan Evolution II yang asli.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagi menaikkan lagi seri jentera keluaran 1990 ini, Vilner turut menggunakan tint pada lampu hadapan, manakala lampu belakang pula direka secara custom. Rim BBS bersaiz 18 inci dengan bahagian tengah berwarna merah menjadi pelengkap gaya retro M3 ini.

1990-bmw-m3-by-vilner-3

Bahagian kabin tidak kurang hebatnya dengan upholsteri kulit dan corak tartan pada tempat duduk, panel pintu dan tombol gear, serta stereng Momo dengan kemasan kulit dan karpet logam. Tempat duduk belakang pula dibuang dan digantikan dengan ‘roll cage’.

1990-bmw-m3-by-vilner-2

Di bawah hud, enjin asal empat silinder digantikan dengan enjin 3.2-liter enam silinder sebaris dari model M3 E36 yang menjana 317 hp dan 350 Nm. Dengan transmisi manual lima kelajuan dan pacuan roda belakang, jentera seberat 1,200 kg ini pastinya menjadi idaman setiap peminat BMW.

1990-bmw-m3-by-vilner-4

Previous post

Pelumba Cub Prix Maut Dalam Kemalangan

Next post

Volvo Car Malaysia Buka Pusat 3S di Kuching

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *