Lebih 80,000 unit Mitsubishi Eclipse Cross Dijual Dalam Setahun Selepas Pengenalan
Setahun selepas pengenalannya, Mitsubishi Eclipse Cross telah melepasi 80,000 tonggak jualan global.
Pertama kali dilancarkan di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat pada awal tahun 2018, Eclipse Cross telah menjadi hit di seluruh dunia, berkat gabungan fungsi SUV dan daya tarikan coupe yang bergaya.
Kemasukkan pertama Mitsubishi Motors ke dalam segmen Coupe SUV, Eclipse Cross memenangi pelanggan dengan gayanya: tinjauan pelanggan menunjukkan bahawa ‘Design’ disenaraikan sebagai sebab utama pembelian.
Sebagai tambahan kepada kejayaan jualannya, Eclipse Cross dinamakan sebagai “RJC Car of the Year 2019” oleh Persidangan Automotif & Persatuan Wartawan Jepun (RJC).
Anugerah RJC yang berprestij ini diberikan oleh ahli-ahli pakar RJC, dengan pemenang yang dipilih dari semua model Jepun yang dilancarkan di pasaran domestik. Para hakim memuji prestasi off roadf ‘Eclipse Cross’ yang sangat baik dan pemanduan yang seimbang.
No Comment