Berita Auto

Volkswagen Tiguan Dapat Kelengkapan Baharu

Bermula bulan ini, Volkswagen Tiguan akan menerima penambahbaikan dalam bentuk Paparan Info Aktif (Active Info Display) dan lampu belakang LED.

Banner.BHP.Infiniti.Thematic.Web.GG.BM

Paparan Info Aktif baharu itu terdiri daripada paparan TFT beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar. Ia menawarkan fungsi dan ciri dalam bentuk paparan grafik 2D dan 3D bagi tujuan nagivasi serta media.

Kini terdapat tiga skrin pandangan yang boleh diubah suai menerusi sistem infohibur bersama lebih 30 kombinasi pilihan. Selain itu, bahagian meter juga boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk menunjukkan pelbagai maklumat, termasuk peta 3D.

New Active Info Display

 

Dari segi penampilan, Tiguan menerima lampu belakang LED sepenuhnya baharu yang menampilkan grafik dan animasi brek tersendiri yang dikatakan dapat meningkatkan lagi tahap pandangan dan keselamatan.

Untuk memberi ketenangan minda, penambahbaikan itu tidak melibatkan sebarang kenaikan harga. Jadi, harga Tiguan kekal pada RM165,990 untuk varian Highline dan RM175,990 bagi model JOIN.

Semua kenderaan Volkswagen hadir bersama penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Previous post

Pertemuan Kelab Honda CR-V G5 Berjaya

Next post

Ingin Tahu Fakta Jenama Kereta-Kereta Utama?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *