SUV Nissan X-Trail CKD Hibrid Berharga RM169,900
Nissan X-Trail facelift kini ditawarkan dengan varian Hibrid baharu dan 3 Internal Combustion Engine (ICE). Hibrid 2.0L (MR20DD) dengan enjin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) yang dikendali XTRONIC CVT(Continuously Variable Transmission), menghasilkan 144PS dan tork 200Nm bersama-sama dengan output dari Motor Elektrik 41PS ditambah 160Nm tork menghasilkan pemanduan yang menggembirakan. Bahan bakar kelas terbaik dengan 16.1km / L (berdasarkan mod ujian ECE R101).
Siaran Akhbar
X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian Hybrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE). Enjin 2.0L (MR20DD) Hybrid dengan Twin CVTC (Continuously Variable-valve Timing Control) dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission), menawarkan kuasa mencecah 144PS dan tork 200Nm bersama kuasa daripada Motor Elektrik 41PS dan tork 160Nm untuk memberikan pemanduan yang mengujakan. Pada masa yang sama mengekalkan penjimatan bahan api terbaik di dalam kelasnya iaitu 16.1km/L (berdasarkan kepada mode ujian ECE R101).Selain varian 2.0L Hybrid baharu, X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dalam varian berikut: 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. Semua varian X-Trail Facelift baharu memperoleh statusX-Trail Facelift baharu dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, Nissan Intelligent Mobility untuk pemanduan pintar dan dipasang pada tiga varian iaitu 2.0 Hybrid, 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID. Ini merangkumi:Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
- Intelligent Forward Collision Warning (FCW) *
- Intelligent Forward Emergency Braking (FEB) *
- Intelligent Cruise Control (ICC) *
- High Beam Assist (HBA)*
- Lane Departure Warning (LDW)
- Blind Spot Warning (BSW)
- Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan Moving Object Detection (I-MOD)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Motion Activated Power Tailgate (yang diaktifkan dengan pergerakan mudah di bawah pintu belakang untuk membuka dan menutupnya)
* Untuk 2.5L 4WD & 2.0L Hybrid sahajaSebagai tambahan, reka bentuk baharu gril signatur ‘V-Motion’, Lampu Nyalaan Siang LED dan Lampu Hadapan berbentuk Boomerang baru, Lampu Belakang LED Boomerang dalam perumah berwarna gelap, Sistem Infohibur Navi bersaiz 7-inci dengan Apple Carplay™ dan Android Auto bersedia, Rekaan Stereng Rata pada bahagian bawahnya dengan butang kawalan, Tempat Duduk Kulit Dwi Kuasa, Papan Pemuka serta Pelindungan Lutut dengan kemasan Kulit dan Paparan Bantuan Pemanduan Termaju bersaiz 5-inci nyata memberi penampilan segar yang berteknologi tinggi dan sentuhan yang lebih mewah.
6 Beg Udara SRS kini hadir sebagai ciri standard pada 3 varian X-Trail baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk Electronic Parking Brake dengan fungsi Auto Hold, Vehicle Dynamic Control (VDC), Traction Control System (TCS), Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Hill Start Assist (HSA), dan Cagak Tempat Duduk Kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).
X-TRAIL FACELIFT BAHARU | 2.0L 2WD | 2.0L 2WD MID | 2.5L 4WD | 2.0LHYBRID |
Kuasa Maksimum (PS/RPM) | 144 / 6,000 | 144 / 6,000 | 171 / 6,000 | 144 / 6,000 |
Tork Maksimum (NM/RPM) | 200 / 4,400 | 200 / 4,400 | 233 / 4,000 | 200 / 4,400 |
Motor Elektrik (Kuasa Maksimum PS / Tork Maksimum NM) | – | - | – | 41 / 160 |
Intelligent Forward Collision Warning dengan Intelligent Forward Emergency Braking | – | – | ||
Intelligent Cruise Control | – | – | ||
High Beam Assist | – | – | ||
Lane Departure Warning | – | |||
Blind Spot Warning | – | |||
Motion Activated Power Tailgate | – | |||
Rear Cross Traffic Alert | – | |||
Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Moving Object Detection | ||||
Intelligent Ride Control | ||||
Intelligent Engine Brake | ||||
Intelligent Trace Control | ||||
Kawalan Suhu Auto Dwi-Zon dengan Lohong Belakang | ||||
Tempat duduk barissn ketiga | – | |||
Beg Udara SRS | 4 | 6 | 6 | 6 |
5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu).
Jangkaan Harga seperti berikut:
X-TRAIL FACELIFT BAHARU | ||
X-TRAIL 2.0L HYBRID | Bawah RM 169,900 (tanpa insuran) | Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun(termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion)* |
X-TRAIL 2.5L 4WD | Bawah RM 159,900 (tanpa insuran) | |
X-TRAIL 2.0L 2WD MID | Bawah RM 149,900 (tanpa insuran) | |
X-TRAIL 2.0L 2WD | Bawah RM 139,900 (tanpa insuran) |
Bersempena dengan pra-pelancaran, Nissan X-Trail Facelift baharu juga didatangkan dengan Servis Penyelenggaraan Berkala Selama 2 Tahun atau 40,000km (mana-mana tiba dahulu).Bukan itu sahaja, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488. Penghantaran rasmi kenderaan dijadualkan bermula bulan April 2019.Orang ramai dijemput menyertai sesi Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift baharu di Karnival Pandu Uji Nissan pada tiga hujung minggu iaitu 9 hingga 10 Mac, 15 hingga 17 Mac dan 23 hingga 24 Mac di beberapa bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara untuk memandu uji serta merasai sendiri pengalaman dengan X-Trail Facelift baharu.Sebagai tambahan, tawaran menarik dan pelbagai aktiviti menyeronokkan ada disediakan untuk ahli keluarga juga dijalankan sepanjang tempoh karnival tersebut.Prebiu Eksklusif X-Trail Facelift dan Karnival Pandu Uji di Bilik Pameran Nissan:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
9 – 10 Mac | Tengah | ETCM Glenmarie |
Utara | ETCM Butterworth | |
Pantai Timur | ETCM Kuantan | |
Selatan | ETCM Johor Jaya | |
16 – 17 Mac | Tengah | ETCM Petaling Jaya |
Tengah | ETCM Southgate | |
Utara | ETCM Bayan Lepas | |
Utara | ETCM Ipoh | |
Pantai Timur | ETCM Kota Bahru (15 dan 16 Mac) | |
Selatan | Seremban Victory Credit Sdn Bhd (Dealer) | |
23 – 24 Mac | Tengah | ETCM Raja Laut |
Utara | ETCM Alor Setar (22 hingga 24 Mac) | |
Utara | ETCM Sitiawan | |
Pantai Timur | ETCM Kuala Terengganu (22 dan 23 Mac) | |
Selatan | Melaka |
Para pelanggan yang ingin melihat Nissan X-Trail Facelift baharu secara dekat dijemput datang ke siri jelajah Nissan dan pameran island display yang bakal berlangsung di seluruh negara mulai 7 Mac 2019 untuk merasai sendiri pengalaman memandu SUV yang lebih pintar, selamat dan sensasi ini. Untuk mengetahui lokasi terperinci tentang siri jelajah dan pameran island display ini, sila layari laman web: www.nissan.com.my/new-xtrail .Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838. Tertakluk kepada terma.
No Comment