10 Fakta Ringkas Mengenai McLaren Senna GTR
Setelah melalui proses pembangunan dan ujian selama hampir setahun, McLaren Senna GTR versi produksi akhirnya didedahkan secara rasmi kepada kepada orang ramai di Geneva Motor Show 2019.
Seperti P1 dan Speedtail yang diperkenalkan baru-baru ini, Senna GTR merupakan ahli keluarga Ultimate Series dan seperti model GTR yang lain iaitu F1 GTR dan P1 GTR, ia adalah untuk kegunaan litar sahaja.
Bagi memudahkan anda memahami apa yang istimewa mengenai Senna GTR, di sini kami senaraikan 10 fakta ringkas mengenai jentera itu:
1) Pada kelajuan 250 km/j, ia menjana lebih 1,000 kg ‘downforce’, iaitu 200 kg lebih tinggi berbanding Senna
2) Ia dilengkapi dengan sistem suspensi dari program perlumbaan McLaren GT3
3) Hanya 75 unit akan dihasilkan dan kesemuanya sudah mempunyai pemilik masing-masing
4) Setiap satu dijual pada harga £1.1 juta (RM6 juta) tidak termasuk cukai
5) Setiap unit didatangkan dengan warna dan perincian tersendiri daripada McLaren Special Operations (MSO)
6) Enjin 4.0-liter twin-turbo V8-nya menjana 825PS, berbanding 800PS pada Senna biasa
7) Dengan berat 1,188 kg, ia 10 kg lebih ringan berbanding Senna biasa
8) Ia mempunyai nisbah kuasa-berat terbaik bagi jentera McLaren iaitu 694 PS bagi setiap tan
9) Ia didatangkan dengan pelbagai kelengkapan untuk kegunaan litar seperti radio pit, kamera hadapan dan kabin, Launch Control, kawalan kelajuan lorong pit, tetapan dinamik untuk cuaca hujan
10) Ia hanya dihasilkan dalam versi pemanduan sebelah kiri
No Comment