Motosikal / Skuter / Roda

Triumph Motorcycles Malaysia Lancar 5 Model ‘Modern Classics’ 2019

Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan barisan Modern Classics 2019 yang terdiri daripada lima model yang diperbaharui iaitu Street Twin, Street Scrambler, Scrambler XE, Scrambler XE dan Speed Twin.

BHP Banner Perodua Aruz

Triumph Street Twin dan Street Scrambler (dari RM55,900 dan RM64,900)

Triumph Motorcycles

Dilancarkan buat pertama kali pada 2016 dan 2017, Street Twin dan Street Scrambler kini menawarkan lebih kuasa, spesifikasi peralatan yang lebih tinggi, tunggangan yang lebih selesa dan teknologi termaju dalam kelas.

Triumph Motorcycles

Kedua-dua motosikal berkongsi powertrain yang sama, iaitu enjin High Torque Bonneville 900 cc yang menghasilkan 65 PS pada 7,500 rpm dan tork puncak 80 Nm pada 3,800 rpm.

Triumph Motorcycles

Kedua-duanya turut didatangkan dengan mod tunggangan Road dan Rain, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Switchable Traction Control dan angkup brek Brembo pada bahagian hadapan. Ciri unik yang terdapat pada Street Scrambler adalah ABS yang boleh dipadamkan dengan memilih mod Off-Road.

Triumph Motorcycles

Selain itu, perbezaan antara kedua-dua model adalah dimenasi, di mana Street Scrambler adalah lebih lebar, lebih tinggi dan mempunyai jarak roda (wheelbase) lebih panjang dan kedudukan pelana yang lebih tinggi berbanding Street Twin.

Triumph Motorcycles

Street Twin boleh didapati dalam warna Matt Ironstone, Korosi Red dan Jet Black, manakala Street Scrambler boleh didapati dalam warna Fusion White, Cranberry Red dan Khaki Green dengan Matt Aluminium.

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Scrambler 1200 XC and XE (dari RM80,900 dan RM86,900)

Triumph Motorcycles

Dikuasakan oleh enjin High Power Bonneville 1,200 cc, kedua-dua XC dan XE mempunyai 90 PS pada 7,400 rpm dan 110 Nm pada 3,950 rpm. Enjin ini mempunyai selang pembakaran 270° bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan sekata daripada kotak gear enam kelajuan.

Triumph Motorcycles

Dari segi kelengkapan, kedua-dua model ini menerima paparan instrumen TFT generasi kedua dengan dua tema, mod tunggangan Road, Rain, Off-Road, Sport dan Rider, sistem kawalan GoPro dan sistem navigasi.

Triumph Motorcycles

Bagi XE pula, ia mendapat kelengkapan tambahan seperti mod Off-Road Pro yang mematikan ABS dan Traction Control, Optimised Cornering ABS, Optimised Cornering Traction Control, serta Inertial Measurement Unit (IMU).

Triumph Motorcycles

Untuk suspensi, kedua-dua model menampilkan suspensi boleh laras Ohlins pada bahagian belakang dengan jarak pergerakan (travel) sepanjang 200 mm untuk XC dan 250 mm untuk XE.

Triumph Motorcycles

XC didatangkan dalam warna Jet Black/Matt Black, Khaki Green dan Brooklands Green, manakala XE didatangkan dalam warna Fusion White/Brooklands Green, Cobalt Blue dan Jet Black.

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

Triumph Speed Twin (dari RM73,900)

Triumph Motorcycles

Untuk 2019, enjin High Power Bonneville 1,200 cc pada Speed Twin menjana 92 PS pada 6,750 rpm dan 112 Nm pada 4,950 rpm, masing-masing 49% dan 40% lebih tinggi berbanding model 2018.

Triumph Motorcycles

Ia menampilkan pelbagai teknologi berfokuskan penunggang, termasuk mod tunggangan Sport, Road dan Rain. Casisnya lebih ringan dan digabungkan dengan fork katrij berprestasi tinggi pada bahagian hadapan dan suspensi berkembar dengan pre-load spring boleh laras pada bahagian belakang.

Triumph Motorcycles

Kuasa membrek pula dibekalkan oleh angkup Brembo empat omboh dengan dua cakera pada bahagian hadapan, dan angkup dua omboh dengan cakera tunggal di belakang.

Triumph Motorcycles

Speed Twin didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Silver Ice/Storm Grey, Korosi Red/Storm Grey, dan Jet Black.

Triumph Motorcycles

Triumph Motorcycles

 

Previous post

Perodua Daftar Calon Pertama Untuk Sistem Pengurusan Pemeriksaan Kenderaan Malaysia

Next post

Volvo Akan Perkenal Ciri 'Care Key' Mulai 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *