Berita Auto

Proton Iriz dan Persona 2019 Muncul di Malaysia Autoshow

Proton Iriz dan Persona 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di Malaysia Autoshow 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, diiringi Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton serta Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

BHP Banner

Kedua-dua model telah dipertontonkan kepada media pada Februari dan Mac yang lalu serta turut diperlihatkan kepada pelanggan terpilih semasa acara yang diadakan pada hujung minggu di beberapa cawangan pengedar Proton.

PROTON booth (3)

Namun di acara Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung sehingga 14 April, berpeluang untuk melihat model hatchback dan sedan keluarga ini dengan lebih dekat.

Proton Iriz facelift gohedgostan 02

Kedua-duanya diberi sentuhan segar oleh pereka bentuk Proton dan Geely, dan ini dapat dilihat menerusi jeriji ‘ethereal bow serta corak ‘infinite weave’ pada bahagian hadapan.

Proton Iriz facelift gohedgostan 01

Pada bahagian dalam, terdapat unit stereo pintar bagi varian Premium 1.6AT dengan skrin sentuh tujuh inci dan memori dalaman 16 GB. Ia menggunakan kad eSIM bagi memastikan kereta kekal bersambung ke Internet. Turut ditawarkan adalah aplikasi penstriman muzik, navigasi dan pengecaman suara.

Proton Persona Front Quarter

Pengguna telefon pintar Android juga akan dapat menikmati fungsi pencerminan penuh melalui aplikasi sambungan yang mudah, membolehkan mereka mengakses data yang disimpan pada peranti mudah alih mereka.

Proton Persona Full Dashboard

Menurut Dr Li Chunrong, Proton telah menerima lebih 8,000 tempahan setakat ini dan angka itu dijangka bertambah sebaik sahaja kedua-dua model tersebut mula dijual.

Proton Persona Rear Quarter

“Barisan jurutera dan pereka bentuk Syarikat telah bekerja keras selama 18 bulan untuk menambahbaik kedua-dua model ini dan kami yakin bahawa pembeli kereta Malaysia akan dapat melihat dan merasai sendiri hasil usaha mereka apabila mereka melangkah masuk ke dalam setiap satu daripada kereta ini,” tambah beliau.

Previous post

Toyota Yaris Dipratonton Di Malaysia Autoshow 2019

Next post

Petronas Dan Proton Teruskan Kerjasama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *