Berita Auto

Aston Martin Kekal Dengan Enjin Lamanya.

Pengecilan enjin dan transmisi dan klac-berkembar mungkin satu cara arah tuju industri, tetapi Aston Martin lebih berpengalaman dari yang lain.  Ini boleh menjelaskan kenapa pembikin auto British ini merancang untuk kekal menggunakan enjin V12 dan transmisi manual untuk masa depan yang nyata.

Pegawai Eksekutif baru Aston, Andy, pada minggu lepas berkata bahawa syarikat mereka tidak perlu tergesa-gesa untuk membuang binaan yang sedia ada yang telah menjadikan jenama ini sepertimana ianya dikenali hari ini.  Ini bermakna mereka akan terus memperkembangkan senibina VH, enjin duabelas silinder dan kotak gear manual enam-kelajuan.

vantage-gt3-1

Syarikat tersebut sedang berkerja keras membangunkan paltorm baru dan telah bekerjasama dengan Mercedes-AMG membangunkan enjin turbo-berkembar V8 baharu.  Tetapi ianya akan mengambil masa beberapa tahun untuk menghasilkanna, dan Aston tidak merancang untuk menunggu begitu lama sebelum mengeluarkan model baharu mereka.  Sebelum model AMG-kuasa Vantage baharu mereka siap, Aston akan memperkenalkan pengganti model DB9 yang berasaskan platform VH dan padat dengan evolusi yang sentiasa ada dalam syarikat mereka dan enjin 6.0 liter V12 yang telah lama digunapakai.

Bukan hanya platfom dan enjin ini yang merupakan teknologi lama Palmer yang akan dikekalkan.  Sementara Ferrari dan Lamborghini tidak lagi menggunakan sistem manual, termasuk Porsche juga hanya menggunakan PDK saja pada model 911 GT3 dan GT3 Rs, Aston masih mahu menggunakan klac pedal.  Tentunya sebahagian dari itu bermakna Aston tidak akan menawarkan transmisi klac-berkembar, manakala kotak gear berurutan yang sudah antic itu sudah ketinggalan. Tetapi ia mungkin akan mendapat akses kepada transmisi Mercedes bersama-sama dengan perjanjian enjin.

vantage-gt3-17-1-600x901

Previous post

Ford Pamerkan Mustang Baharu Yang Ikonik Buat Pertama Kali DiMalaysia

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Faizal Tahir 'Assalamualaikum'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *