Berita Auto

Porsche 911 GT3 RS: Prestasi Pemanduan Tertinggi bagi Model 911 

Porsche 911 GT3 RS baharu memecah tembok antara kereta sport atas jalan dan kereta lumba.  Ianya dilengkapi dengan jumlah maksimum teknologi motorsport yang kini membolehkan model 911 yang sah diatas jalan sesuai untuk pemanduan harian.  Dengan masa pusingan Nuerburgring Nordschleife sebanyak tujuh minit dan 20 saat, model 911 GT3 RS baharu ini mengatasi model 911 GT3 dengan 5 saat, menjadikannya generasi kini paling pantas di litar lumba German yang popular itu.  Model 911 GT3 RS ini meraikan pameran perdana dunia di Geneva International Motor Show 2015.

Porsche-911-gt3-rs-71

Model 911 GT3 RS dikuasakan oleh enjin 4 liter empat-silinder yang menghasilkan 500 hp dan tork 338 Ib.-ft, dikombinasikan dengan transmisi PDK yang dibina khas.  Enjin ini mempunyai anjakan paling besar dan paling berkuasa dari mana-mana enjin beraspirasi semulajadi, dengan suntikan bahan api langsung dalam rangkaian 911, memacu kereta sport berprestasi tertinggi dari sifar kepada 60 batu sejam dalam masa 3.1 saat dan memacu pantas hingga suku batu di atas litar dalam masa 11.2 saat.  Fungsi seperti nyah cekam oleh ‘padel neutral’ – yang sama seperti menekan klac dengan kotak gear manual yang konvensional – dalam had kelajuan melalui butang Pit Speed telah disesuaikan dari pengunaan motorsport.

Porsche-911-gt3-rs-41

Buat pertama kalinya, bumbung diperbuat dari magnesium; gentian fiber digunakan untuk enjin dan penutup ruang bagasi, dan kompenen lain diperbuat dari bahan yang ringan.  Ini menjadikan berat model RS sekitar 22 paun (10kg) lebih ringasn dari model 911 GT3.  Tambahan lagi, bumbung ringan itu merendahkan pusat kereta lumba dari gravity yang meningkatkan dinamik lateral yang sudahpun hebat.  Spoiler bibir depan yang terletak dekat dengan permukaan, dan sayap belakang yang besar mengukuhkan lagi penampilannya yang dominan.

Reses lebar sepanjang 30 sentimeter ditambah pada bahagian tengah atas hud CFRP dan bumbung magnesium.  Ciri lain adalah unik roda gerbang lubang udara depan yang menjangkau ke bahagian atas dapra – sama seperti kereta lumba tulen.  Ianya meningkatkan daya penurunan pada gandar depan.

Porsche-911-gt3-rs-31

Kawalan gandar belakang dan Porsche Torque Vectoring Plus dengan gandar belakang yang pembolehubah sepenuhnya dengan kunci berbeza meningkatkan ketangkasan dan dinamik, dan trek depan dan belakang yang lebih lebar mengurangkan lebih putaran badan dari model 911 GT3.  Dan juga, model 911 GT3 RS datang dengan tayar lebih lebar dari model 911 lain.

Ciri-ciri utama rekaan dalaman adalah tempat duduk bucket sepenuhnya, yang tempat duduk bucket berasaskan gentian dari 918 Spyder.  Ciri-ciri pilihan Pakej Sport Chrono – dengan tambahan masa bersepadu – aplikasi Porsche Track Presision untuk pengguna telefon pintar.  Aplikasi Track Precision juga boleh digunakan untuk mengukut masa secara automatic melalui GPS, dan log data pada telefon pintar untuk banyak parameter pemanduan seperti kelajuan kenderaan, pacuan lateral dan juga nyahpecutan dan pecutan untuk arah pemanduan.

Model 911 GT3 RS boleh tempeh sekarang.  Kebanggaan kejayaan warisan lumba Porsche yang meningkatkan hampir 30,000 lebih kemenangan sukan motor setakat ini.

Porsche-911-gt3-rs-61

Previous post

Volkswagen Transporter Berusia 65 Tahun

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini - Coldplay - 'Viva La Vida'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *