Turbo Akan Jadi Standard Untuk Civic Baharu
Nampaknya Honda mungkin menjadi pembuat kereta yang akan mengikut trend menggunakan rangkaian kuasa turbocharged kecil, dan ini mungkin akan berlaku tidak lama lagi dengan next-gen Civic.
Yoshiharu Yamamoto, Ketua Penyelidikan & Pembangunan Honda menyatakan bahawa ‘turbocharging kecil’ boleh dijadikan standard untuk model asas, walaupun untuk Civic dan sejumlah besar model mereka akan gunakan sport turbos. Jangan bimbang, masih ada enjin beraspirasi semulajadi dalam rangkaian mereka.
Dilaporkan enjinnya adalah turbocharged 1.5 liter empat-silinder yang menawarkan bahan api yang ekonomi lebih baik, transmisi rendah dan kuasa beraspirasi semulajadi di antara 2.0 dan 2.4 liter. Civic yang ada sekarang menghasilkan 140 hp dari 1.8 liter dan ini menandakan kuasa hebat untuk model akan datang.
Berita yang menjadi lebih menarik adalah Civic baharu dengan enjin turbo 1.5 liter ini akan dikeluarkan sebelum akhir tahun ini. Pertama kali Honda menyatakan tentang enjin 1.5 liter turbocharged empat-silinder pada tahun 2013 dengan enjin 2.0 liter turbo dalam Civic Jenis di Eropah. Pada masa tiu, pihak jenama ini berkata enjin ini akan muncul dalam ‘jumlah besar model masa depan secara global’.
No Comment