Berita Auto

BMW X5, X7 M50i Hadir Dengan 523 HP

10 tahun lalu, SUV dengan 500 hp adalah sesuatu yang menakjubkan namun kini ia nampaknya sudah menjadi kebiasaan di kalangan pengeluar kenderaan. Salah satu pengeluar yang dimaksudkan adalah BMW yang baru sahaja memperkenalkan dua SUV varian M50i iaitu X5 dan X7.

BHP Banner peraduan

Seperti varian xDrive50i sebelum ini, kedua-dua varian M50i ini turut menampilkan enjin turbo 4.4-liter V8 namun kuasa telah meningkat sebanyak 67 hp dan 100 Nm, menjadi 523 hp antara 5,500 hingga 6,000 rpm dan 750 Nm antara 1,800 hingga 4,600 rpm.

P90351156_highRes_the-new-bmw-x5-m50i-

Bagi mencapai peningkatan kuasa ini, beberapa komponen telah ditambah baik termasuk engkol, silinder, omboh, aci engkol serta kepala silinder. Pengecas turbo yang digunakan juga lebih besar dengan tekanan sebanyak 350 bar.

bmw-x5-m50i (1)

Hasilnya, X5 M50i memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.1 saat, manakala X7 dalam 4.7 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-dua SUV berprestasi tinggi ini adalah sama iaitu 250 km/j.

bmw-x5-m50i (2)

Tugas menyalurkan kuasa diserahkan kepada transmisi Steptronic lapan kelajuan yang didatangkan dengan paddle shifter dan ciri Launch Control. Kuasa diagihkan kepada keempat-empat roda menerusi sistem pacuan xDrive yang ditala untuk semua keadaan cuaca dan permukaan jalan.

P90351155_highRes_the-new-bmw-x7-m50i-

Prestasi pengendalian kedua-dua model ini turut dibantu dengan kehadiran M Sports Differential yang dihubungkan kepada ciri Dynamic Stability Control (DSC). Sistem ekzos M Sport pula menghasilkan bunyi yang lebih garang.

bmw-x7-m50i (1)

Bagaimanapun, sistem gantungan adalah berbeza mengikut model. Secara standard, X5 M50i dilengkapi dengan sistem gantungan Adaptive M dengan peredam elektronik boleh laras, manakala X7 M50i pula mempunyai sistem gantungan udara dengan ketinggian boleh laras. Sistem ini turut ditawarkan pada X5 secara pilihan.

bmw-x5-m50i

Kedua-dua model ini akan dipasang di kilang BMW di Spartanburg, Amerika Syarikat bermula Ogos tahun ini.

Previous post

Ferrari Menang Anugerah Enjin Antarabangsa Kali Keempat Berturut-turut

Next post

Honda Civic Type OveRland Tarik Perhatian Ramai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *