Mahukah Anda Ke Puspakom Kalau Tidak Terpaksa?
PUSPAKOM Sdn Bhd menjemput pemilik kereta Malaysia untuk pemeriksaan kenderaan percuma untuk memastikan kereta mereka siap untuk pengembaraan Hari Raya balik kampung yang akan bermula tidak lama lagi.
Persoalan yang kami tanya adalah, mengapa pemilik kereta mahu pergi ke Puspakom melainkan jika ‘dipaksa’ kerana lebih baik untuk melawat mekanik biasa anda kerana dia akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul atau nasihat apa yang sepatutnya dilakukan sebelum memandu jauh atau memberi nasihat kepada anda untuk tidak memandu jauh jika kereta anda tidak dapat diperbaiki pada masa itu.Puspakom hanya boleh memeriksa dan menasihati tentang apa yang tak kena dan itu sajalah … dan kemudian ada masalah pegawai yang mendesakkan anda agar menaggalkan tint kereta anda … tanpa mengambil berat (walaupun mengetahui kos tinggi tint anda dan pembuangan sampah plastik yang banyak merata-rata).
UMWToyota Motor and Shell juga menawarkan pemeriksaan percuma sebanyak 36 mata untuk kesemua di 20 buah stesen Shell terpilih di seluruh negara.
Pemeriksaan yang ini pula akan dijalankan oleh kakitangan yang terlatih dari Toyota dan di sini, mereka pasti tidak akan mengacau anda tentang tint tingkap anda.
Puspakom menganjurkan kempen ini sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan kenderaan bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi pemilik dan pemandu kenderaan.Kempen yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 24 Mei hingga 2 Jun, 2019 san akan dikendalikan di kesemua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM di seluruh negara pada masa operasi normal setiap pemeriksaan.
No Comment