Keselamatan / Awas

BHPetrol Utamakan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Musim Raya

Sempena Hari Raya ini, BHPetrol sedang bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Puspakom agar jalan raya lebih selamat.BHP Banner Road Safety

Kempen Keselamatan Hari Raya mereka telah dimulakan di stesen BHPetrol Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak.BHP Raya Road Safety 2Puspakom

Kempen ini menyaksikan unit Mobile Light Puspakom menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma untuk perkara-perkara seperti pelepasan ekzos, penggantungan, lampu, brek serta tahap ketelusan kaca.BHP Raya Road Safety 3BHPetrol

Sambil pelanggan mengisi minyak, kakitangan BHPetrol menyerahkan goody beg dengan makanan ringan, minuman dan baucar BHPetrol.BHP Raya Road Safety 4Jabatan Keselamatan Jalan Raya

Di samping itu, para pelanggan diberi risalah mengenai keselamatan jalan raya dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya.BHP Raya Road Safety 5Komen dari Encik Tan Kim Thiam, Pengarah Urusan BHPetrol:

“Sekali lagi, kami memilih stesen perkhidmatan BHPetrol Kuala Lumpur – Karak kerana ia terletak hanya selepas plaza tol Gombak yang merupakan titik permulaan bagi pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur.”BHP Raya Road Safety 6“Kami berharap semua pelanggan kami akan mengamalkan pemanduan yang selamat semasa perjalanan pulang ke rumah untuk menikmati perayaan Hari Raya dengan mereka yang tersayang, keluarga dan rakan-rakan.”BHP Raya Road Safety 7Acara ini diadakan setiap tahun oleh BHPetrol untuk membantu menyebarkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

BHP Raya Road Safety 8

BHP Raya Road Safety 9

BHP Raya Road Safety 10

 

Previous post

Kalau Dah Salah Tu?

Next post

Sila Ambil Perhatian! Lebuhraya Berlubang PLUS Sudah Diperbaiki

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *