Edisi Alfa Romeo Racing Giulia & Stelvio Quadrifoglio Debut Di Goodwood
Pada Goodwood Festival of Speed minggu lalu, Alfa Romeo debut kereta khasnya, edisi Giulia dan Stelvio Quadrifoglio.Ianya dihasilkan untuk meraikan kembalinya jenama ke Formula One, dengan itu, ia berwarna Competition Red dan putih yang sama dengan Alfa Romeo C38, kereta F1 semasa jenama.Edisi “Alfa Romeo Racing” ini hanya akan dibuat dalam kuantiti terhad. Ini bermakna mereka mungkin akan habis dijual sebelum jenama mendapat perwakilan yang betul di Malaysia.
Liveri sebenarnya mengikuti garis panduankereta Formula One dengan begitu teliti sekali. Tetapi ianya ada lebih daripada kosmetik saja.Berikut adalah beberapa peningkatan prestasi:
- Mereka juga telah menggunakan banyak serat karbon di bahagian luar.
- Paip ekzos Titanium Akrapovic (yang menekankan nota enjin).
- Output enjin 520hp (+ 10hp).
- Brek karbo-seramik.
- Kerusi karbon.
- Berat dikurangkan sebanyak 28kg berbanding model standard.
No Comment