Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Apakah Itu Sebenarnya Kenderaan Elektrik (EV)?

Sejak lima tahun yang lalu, jualan kenderaan elektrik (EV) bateri saja global telah meningkat 23 kali ganda, dengan 37 peratus pengguna Asia Tenggara kini mempertimbangkan EV untuk pembelian kenderaan mereka yang seterusnya.
BHP Banner Nissan EV
Dalam kajian terbaru yang dikeluarkan oleh Frost & Sullivan, yang berjudul “Masa Depan Kenderaan Elektrik di Asia Tenggara,” mendedahkan bahawa satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara terbuka untuk membeli kenderaan elektrik, namun masih ada keraguan untuk memilikinya.
Nissan EV 3
Persoalan yang kita selalu dengar mengenai EV dan mitos adalah bab mengecas, jarak, pemanduan dan pemilikan, dan hari ini, Nissan bersama ETCM berkongsi pengetahuan mereka tentang EV.
Nissan EV 4
Tonton video-video  Kenderaan Elektrik oleh Nissan – Pengecasan, Julat, Memandu dan Pemilikan dengan minda yang terbuka agar ia dapat yang diharap membetulkan prasangka yang masih ada tentang EV:

1. Pengecasan :

2. Jarak:

3. Pemanduan:

4. Pemilikan:

 

Nissan EV 1

Kenyataan Media

MEMBETULKAN SALAH FAHAM TENTANG KENDERAAN ELEKTRIK:

NISSAN DAN ETCM JELASKAN EMPAT MITOS MENGENAI EV DENGAN NISSAN LEAF SERBA BAHARU

KUALA LUMPUR, 12Julai 2019 – Dalam tempoh lima tahun lalu, jualan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) di peringkat global telah meningkat sebanyak 23 kali ganda[1], dengan 37 peratus pengguna di Asia Tenggara kini mula menimbangkan untuk membeli EV sebagai kereta mereka pada masa akan datang. Baru-baru ini, Nissan telah menjalankan satu kajian berkenaan “Masa Depan Kereta Elektrik di Asia Tenggara” yang dikendalikan oleh Frost & Sullivan, telah menunjukkan bahawa satu pertiga daripada pengguna di Asia Tenggara terbuka untuk membeli kenderaan elektrik[2]. Tetapi wujud keraguan untuk memilikinya.

“Di seluruh rantau ini, kita sentiasa mendengar yang orang ramai sukakan idea EV. Namun, ramai yang mungkin tidak faham bagaimana EV boleh memenuhi keperluan dan asas penggunaan kenderaan mereka. Sebagai pengeluar automotif pertama di dunia yang menghasilkan kenderaan elektrik dengan kepakaran lebih 70 tahun dalam teknologi automotif ini, kami mahu membantu meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini,” kata Naib Presiden Kanan Serantau Nissan Asia & Oceania, Yutaka Sanada.

Persoalan dan mitos paling biasa yang diajukan mengenai EV adalah berkaitan pengecasan, jarak, pemanduan dan pemilikan. Hari ini, Nissan dan ETCM akan berkongsi maklumat mengenai EV.

1. Mengecas sebuah EV

Terdapat 3 pilihan mengecas untuk EV; Pengecas Outlet Standard yang memerlukan masa mengecas lebih 13 jam, Wall Box Charger yang lebih pantas berbanding pengecasan daripada soket biasa dan CHAdeMO Quick Chargers. Biarpun begitu, Nissan LEAF serba baharu menawarkan cara pengecasan yang mudah untuk kegunaan harian:

a)    Nissan LEAF serba baharu hadir dengan 6.6kW Wall Box Charger yang mengambil masa kira-kira 7 jam untuk kereta dicas penuh. Ini merupakan pilihan terbaik untuk pemilik EV kerana mereka boleh memasang plag dan mengecasnya sepanjang malam apabila pulang ke rumah. Kira-kira 80-90% pemilik Nissan LEAF gemar mengecas pada waktu malam.

b)    Untuk mode pengecasan yang lebih cepat, pengecas pantas 50kW CHAdeMO mampu mengecas penuh Nissan LEAF serba baharu dalam masa 60 minit. Ia biasanya disediakan di kawasan yang mudah diakses seperti kawasan pejabat dan tempat rehat di lebuh raya. Pengecas pantas CHAdeMO boleh digunakan secara percuma di ABB Subang, Nichicon di Bangi serta kawasan rawat dan rehat Ayer Keroh (arah selatan).

Sebagai tambahan, pengecas kenderaan elektrik adalah kalis cuaca dan direka khas untuk melindungi kenderaan serta manusia daripada renjatan elektrik. Ini bermakna mengecas Nissan LEAF boleh dilakukan dengan selamat walaupun dalam hujan.

2. Jarak EV

Jarak perjalanan merupakan satu lagi kebimbangan mereka yang ingin memiliki sebuah EV kerana takut kehabisan bateri. Tetapi, terima kasih kepada kemajuan teknologi, jarak median kenderaan elektrik telah meningkat sebanyak 56 peratus[3]. Bukan itu sahaja, kebanyakan pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang dari 80km sehari. Jarak itu boleh dicapai dengan mudah menerusi satu kali caj pada kebanyakan EV pada hari ini[4].

Memenuhi keperluan perjalanan harian atau ke kawasan luar bandar di Malaysia sememangnya penting. Justeru, Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh lithium-ion baharu mampu menawarkan jarak perjalanan purata sejauh 311km berdasarkan kepada mode ujian Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru (NEDC).

3. Pengalaman Memandu Sebuah EV

Selain jarak pemanduan, timbul salah anggapan mengenai jurang prestasi di antara EV dan kenderaan biasa. Di samping wujud kebimbangan EV tidak dapat memecut dengan sewajarnya. Jadi, bagaimana rasanya memandu sebuah EV? Kenderaan elektrik generasi baru sebenarnya lebih mengujakan, selamat, bersih dan seronok dipandu berbanding kereta konvensional!

Kenderaan dengan enjin 2.0L secara purata mampu menawarkan kuasa maksimum 150PS dan tork 200Nm. Sedangkan Nissan LEAF dengan rangkaian kuasa-e baharu berupaya mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 7.9 saat bersama pecutan maksimum lebih 150km/j. Malah, pek bateri Nissan LEAF diletakkan di bahagian tengah badan kereta untuk titik graviti lebih rendah yang membolehkan pengendalian mantap dan kestabilan ketika dipandu laju di selekoh.

Untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengujakan di laluan bengkang-bengkok, Nissan LEAF serba baharu turut dilengkapi teknologi e-Pedal yang pertama di dunia. Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahan dan memberhentikan kenderaan secara intuitif menggunakan satu pedal sahaja. E-Pedal membantu mengurangkan keperluan pergerakan dari satu ke satu pedal, seterusnya membuatkan pemanduan lebih mudah dan mengujakan.

Nissan LEAF serba baharu juga jauh lebih senyap berbanding kereta konvensional, sekali gus memberi pengalaman bergerak dalam keadaan lebih tenang kepada pemandu dan penumpang. Tanpa paip eksoz, Nissan LEAF tidak mengeluarkan sebarang emisi, Nissan LEAF juga memberi inspirasi kepada pemandu untuk memikirkan tentang manfaat yang boleh ditawarkan oleh EV, terutama dalam pengurangan pencemaran udara dan bunyi.

Keselamatan merupakan satu lagi ciri yang membolehkan Nissan LEAF serba baharu memperoleh penarafan 5 bintang oleh JNCAP[5] (Program Penilaian Kenderaan Baharu Jepun).

Nissan LEAF dibina bersama teknologi Safety Shield yang sentiasa menjaga anda dengan cara memantau, memberi maklum balas serta membantu memastikan keselamatan anda dan penumpang. Ia merangkumi:

  • Intelligent Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent Forward Emergency Braking (FEB)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) with Moving Object Detection (I-MOD)
  • Intelligent Driver Alertness (I-DA)
  • Intelligent Ride Control
  • Intelligent Trace Control
  • Hill Start Assist
  • Anti-Lock Braking System (ABS) with Brake Assist (BA)
  • Vehicle Dynamic Control
  • Electronic Braking Distribution

Nissan LEAF juga dilengkapi dengan 6 beg udara SRS.

4. Memiliki sebuah EV

Kereta yang dikuasakan oleh bateri mengurangkan perbelanjaan ke atas bahan api dan penyelenggaraan

Dengan jumlah komponen bergerak yang lebih kurang pada EV, pemilik boleh berjimat dari segi kos penyelenggaraan[6] dan bahan api. Kebanyakan pemandu di Asia Tenggara bergerak kurang 80km sehari. Memandu Nissan LEAF serba baharu dengan bateri 40kWh, ia hanya menelan belanja RM20.64[7] untuk setiap caj penuh. Jadi, kos untuk setiap kilometer adalah sangat rendah iaitu RM0.07[8]. Kos penyelenggaraan dan servis juga boleh dikira rendah untuk EV kerana Nissan LEAF hanya memerlukan perkhidmatan penyelenggaraan untuk setaip 20,000km, justeru mengurangkan kesulitan dan pemilik boleh meluangkan lebih banyak masa untuk sendiri.

EV mempunyai ruang yang sama seperti kereta biasa

Ramai pengguna percaya bahawa EV mempunyai ruang dalaman yang terhad. Namun begitu, EV pada hari ini menawarkan kenderaan penuh kuasa yang direka khas untuk pemandu moden. Tanpa paip ekzos, ia mempunyai lebih banyak ruang kosong berbanding kenderaan konvensional. Sebagai contoh, Nissan LEAF serba baharu mempunyai ruang seluas 435 liter di bahagian belakang. Ini bersamaan dengan meletak sebuah tab mandian yang penuh dengan barang-barang dan masih mempunyai ruang kosong. Bukan itu sahaja, Nissan LEAF boleh menempatkan sehingga lima orang dewasa dengan selesa.

Pemilik EVs memacu kelestarian pada masa depan

Salah satu manfaat utama EV kepada pengguna moden ialah kenderaan tersebut tidak mengeluarkan sebarang emisi ke atmosfera dan lebih mesra alam. Pencemaran udara menjadi kebimbangan utama dalam kalangan pengguna di Asia Pasifik dengan 85% penduduk sangat bimbang dengan isu ini[9]. Justeru, kenderaan elektrik sifar emisi dan operasi maya yang senyap nyata dapat menawarkan penyelesaian kepada pemilik dalam membantu menambah baik kehidupan di kawasan urban pada masa akan datang.

“Nissan LEAF direka untuk pemandu generasi baru – pendukung pencapaian kesendirian eko. Menjadi Nissan LEAF sebagai EV terlaris di dunia adalah bukti bagaimana kereta ini menjangkaui jangkaan pemandu. Nissan akan terus mengubah cara kenderaan dipandu, dikuasakan dan diintegrasi. Seterusnya menambah nilai dan merintis jalan ke bandar-bandar pada masa depan,” tambah Yutaka Sanada.

Sehingga kini, jualan Nissan LEAF serba baharu sudah melepasi 400,000 unit di seluruh dunia dan angka itu dilihat terus meningkat dengan pantas. Nissan LEAF serba baharu telahpun dilancarkan di rantau Asia dan Ocenia, Korea Selatan, Thailand, Hong Kong, Australia serta Singapura. Malaysia dijangka melancarkan EV tersebut pada hujung bulan ini.

# # #Nissan EV 2

 

 

Previous post

Kenapa Rakyat Lain Tidak Boleh Nikmati Tawaran Bank RAKYAT Ini?

Next post

BMW X7 Menarik Pembeli Range Rover merentasi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *