Sertai ‘Porsche Sportscar Together Day’ Hujung Minggu Ini di Sepang
Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengedar rasmi Porsche di Malaysia, menjemput semua pemilik dan peminat Porsche ke acara Sportscar Together Day yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini di Litar Antarabangsa Sepang.
Dianjurkan di Malaysia buat pertama kalinya, acara ini diadakan untuk merapatkan lagi komuniti Porsche serta memberi peluang kepada peminat untuk mempelajari lebih lanjut tentang warisan jenama kereta sports itu.
Pengunjung akan berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat barisan model 911 yang ikonik termasuk model generasi kelapan yang dilancarkan baru-baru ini, serta jentera lumba 919 Hybrid.
Selain itu, pengunjung juga boleh ‘melihat’ model elektrik pertama Porsche iaitu Taycan menerusi pengalaman Realiti Luasan (Augmented Reality).
Mereka yang ingin merasai kehebatan jentera dari Stuttgart ini boleh mendaftar untuk aktiviti Porsche Experience, manakala kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dijemput menyertai program Porsche Junior Experience di mana mereka akan diajar kemahiran asas jalan raya dan litar lumba.
Sementara itu, semua pemilik Porsche dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perhimpunan Porsche Parade yang dijangka akan menjadi salah satu perhimpunan Porsche terbesar yang pernah diadakan di Sepang.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari http://myporsche.com.my/sctd/.
No Comment