Berita Auto

Pagani Huayra Roadster BC – Mainan Orang Kaya Dengan 800 HP

Seperti yang dijanjikan, Pagani akhirnya memperkenalkan produk terbaru dalam rangkaian model mereka iaitu Huayra Roadster BC. Hanya 40 unit akan dihasilkan dan setiap satu akan dijual pada harga bermula €3.085 juta (RM14 juta). Walaupun harganya tidak masuk akal, kami yakin semua unit sudah pun mempunyai pemilik masing-masing ketika artikel ini ditulis.

BHP Banner Saga 2019

Apa yang menjadikan jentera ini begitu mahal? Banyak faktor sebenarnya tetapi ia bermula dengan enjin twin-turbo 6.0 liter V12 buatan Mercedes-AMG yang menghasilkan 800 hp dan 1,050 Nm, iaitu peningkatan sebanyak 50 hp berbanding model BC Coupe.

pagani-huayra-roadster-bc (4)

Semua kuasa tersebut disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik XTrac tujuh kelajuan yang dipadankan dengan differential elektro-mekanikal. Supercar ini juga dilengkapi dengan sistem ekzos titanium baru dengan enam muncung ekzos bagi memastikan ia boleh didengari dari jarak berbatu-batu jauhnya.

pagani-huayra-roadster-bc (2)

Namun jangan salah sangka yang ia hanya pantas di laluan lurus. Huayra Roadster BC turut dibangunkan untuk menghadapi selekoh-selekoh tajam dengan rangka monocoque yang diperbuat daripada bahan ringan carbo-triax HP62 dan carbo-titanium HP62 G2 dengan subframe tiub pada bahagian hadapan dan belakang.

pagani-huayra-roadster-bc (3)

Rangka ini dipadankan dengan sistem suspensi bebas double wishbone aluminium aloi, pegas gegelung helical dan juga penyerap hentak yang dikawal secara elektronik. Rim aluminium aloi berukuran 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang dengan padanan tayar Pirelli P Zero Trofeo R memastikan ia sentiasa mendapat cengkaman yang secukupnya.

pagani-huayra-roadster-bc (5)

Menurut Pagani, jentera terbarunya ini boleh mencapai sehingga 1.9 daya G. Bukan itu sahaja, penambahbaikan pada aspek aerodinamik juga membolehkan model ini mencapai hampir 500 kg downforce pada kelajuan 280 km/j.

 

Previous post

Kempen “No-Single-Use-Plastic” Di Sekolah-Sekolah Anjuran Scania Malaysia

Next post

Lakaran Model 2020 Volkswagen Tiguan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *