Motosikal Bajet Berpenampilan Menarik Spesifikasi Eropah, Model Baru Dari Honda
Model CB125F adalah satu usaha Honda dalam menghasilkan motorsikal berkuasa rendah bagi memenuhi keperluan pasaran Eropah. Laporan terkini dari Sepanyol menyatakan bahawa motorsikal ini dianggarkan berharga di dalam 2499 Pound. Keputusan Honda untuk menggunakan tayar berukuran 18 inci yang mana lebih besar daripada kebiasaanya menjadikan motorsikal ini agak menarik bagi sesiapa yang pertama kali menunggangnya dan kepada sesiapa yang ingin mencari motorsikal yang berharga murah tetapi selesa.
Sebagai motorsikal yang lebih berorientasikan bajet, Panel Meter Hadlaju (Instrument cluster) mempamerkan lebih kepada fungsi berbanding reka bentuknya, tetapi ianya masih menarik walaupun kesemuanya berfungsi analog. Motorsikal ini juga kelihatan menarik kerana disertakan dengan Penunjuk Posisi Gear sebagai standard bagi memudahkan para penunggang yang pertama kali menunggang motorsikal.
Model CB125F ini menggunakan satu silinder, enjin 4-lejang sejukan udara beserta overhead cam yang mampu menjana hampir 11 kuasa kuda . Penjanakuasa yang kecil ini ternyata memberi peluang kepada Honda untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai kecekapan yang menakjubkan.
Dianggarkan bahawa di dalam beberapa keadaan, motorsikal CB125F ini boleh menjangkau sejauh 600 km jarak perjalanan dengan satu tangki minyak berisi 13 liter. Motorsikal ini juga dilengkapi dengan satu brek cakera berukuran 240mm di bahagian hadapan bersama brek dram berukuran 130mm dipasangkan di bahagian belakang tayar. Kelengkapan-kelengkapan ini sememangnya adalah hebat untuk motorsikal bajet Honda CB125F, namun yang menjadi tumpuan penjualan sebenar motorsikal ini adalah penampilannya.
No Comment