Berita Auto

Proton Saga 2019 Dilancarkan – Harga Bermula RM32,800

Proton Saga versi 2019 telah dilancarkan secara rasmi, membawa pelbagai pembaharuan yang meliputi aspek reka bentuk, kelengkapan serta mekanikal. Kali terakhir model lagenda ini dinaik taraf adalah pada tahun 2016.

BHP Banner Kereta Semakin Besar

Kali ini, Saga ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard MT, Standard AT dan Premium AT sebagai varian tertinggi. Harga bermula dari RM32,800 untuk Standard MT, RM35,800 untuk Standard MT dan RM39,800 untuk Premium AT.

Proton Saga 2019

Bermula dengan reka bentuk, Saga kini hadir dengan gril Infinite Weave yang membuatkan ia kelihatan lebih seragam dengan model-model semasa Proton yang lain.

Proton Saga 2019

Bukan itu sahaja, rekaan bampar hadapan dan belakang baharu, lampu nyalaan siang LED, cermin sisi elektrik dengan lampu isyarat LED, spoiler belakang dan rim aloi lima batang berukuran 15 inci memberikan model ini imej yang lebih moden.

Proton Saga 2019

Pembaharuan diteruskan ke ruang dalaman di manan terdapatnya stereng pelbagai fungsi dan rekaan meter kombinasi baharu dengan paparan pelbagai info LCD di tengah-tengah. Satu lagi ciri terbaru adalah skrin sentuh berukuran tujuh inci dengan16GB memori dalaman, Bluetooth dan ciri sambungan telefon pintar (Android sahaja).

Proton Saga 2019

Ciri-ciri lain yang ada termasuklah penghadang cahaya matahari dengan pemegang tiket dan cermin, upholsteri baharu, lampu kabin LED, headliner baharu dengan pemegang boleh lipat, dan tiga port USB. Bonet belakang kini boleh dibuka secara kawalan jauh menggunakan kunci.

Proton Saga 2019

Saga 2019 kekal dengan enjin 1.3 liter empat silinder DOHC VVT yang menjana 95 PS pada 5,750 rpm dan 120 Nm pada 4,000 rpm, namun apa yang baharu adalah kehadiran transmisi automatik empat kelajuan yang menggantikan CVT sebelum ini. Transmisi manual lima kelajuan juga ditawarkan.

Proton Saga 2019

Ciri keselamatan yang disertakan secara standard bagi semua varian adalah dua beg udara, ABS, Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), ISOFIX dan sensor parkir belakang. Varian Premium mendapat tambahan Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS) dan Hill Hold Assist (HHA), kamera undur dan sensor parkir hadapan.

Proton Saga 2019

Selain itu, Proton turut menambahbaik aspek NVH, prestasi brek serta pengendalian. Menurut syarikat itu, cakera brek yang dilengkapkan pada Saga adalah sama seperti yang terdapat pada model Iriz dan Persona yang lebih besar.

Proton Saga 2019

Seperti X70, Iriz dan Persona, Saga 2019 ditawarkan dengan tiga pakej Nilai Tambahan. Standard menawarkan pakej servis dengan kos buruh percuma selama setahun atau sebanyak tiga kali, pakej Kadar Faedah dengan kadar pembiayaan serendah 2.98% setahun, manakala pakej insurans memberikan pelbagai manfaat kepada pelanggan yang menginsuranskan pembelian mereka dengan panel Proton.

Previous post

Nissan Serena Facelift Mula Dijual di Jepun

Next post

Toyota Gazoo Racing (TGR) Velocity Esports Kembali Untuk Musim ke-2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *