Gaya Hidup / Lifestyle

Rekaan Masa Depan Kia: Konsep Novo

Kia mengeluarkan konsep kereta baharu.  Mereka menggelarkannya Novo dan dijangka membayangkan arah tuju baru Kia dari segi penggayaan.  Seperti yang menjadi trend sekarang, terdapat banyak ikutan inspirasi coupe dan rekaan yang minimal untuk luar dan dalam kereta.

novo-6

Novo telah direka di Pusat Rekaan Namyang, Kia, dan berdasarkan pada versi yang disesuaikan khas dari platform Cerato.  Tetapi tidak lagi menggunakan gaya sedan konvesional K3, sebaliknya mengalih overhangs kea rah belakang dan garisan bumbung yang lebih cerun.  Sebagai menambah lagi penampilan coupe, semua kaca yang meliputi separuh dari Novo adalah nipis dan panjang, supaya nampak lebih sporti.

novo-5

Model Novo masih ada trademark Kia iaitu gril depan ‘tiger nose’, tetapi dalam lelaran ini ianya lebih lebar dan lebih berlekuk.  Fascia depan juga menunjukkan set lampu depan nipis laser yang mengukuhkan keterampilannya.  Cermin sisi juga lebih nipis dan dipasang agak rendah dan pada panel pintu, tidak pada pillar.  Seperti Model D Tesla, pemegang pintu pop-out.

novo-4

Pada bahagian belakang, tip ekzos diintegrasikan dddengan bumper belakang.  Selain dari sudut ganjil pada difusser belakang, kereta ini nampak sangat anggun, terserlah dari inspirasi kereta klasik.  Mereka memberikan penekanan besar  dalam mencipta dua-tona dengan sisipan krom, yang boleh dilihat dari rim hingga ke bumbung.

Rekaan dalam Novo sama hebat dengan luarannya.

novo-2

Buat masa ini tiada rancangan untuk membawa konsep Novo dalam produksi, walaupun Kia mempunyai sejarah menghasilkan produk kenderaan yang menyerupai konsep kenderaan.  Konsep Kia Novo memberikan kilasan rancangan masa depan Kia untuk barisan kereta kompak mereka.

novo-3jpg-600x319

Previous post

Harga Baharu Subaru dengan GST Dari Motor Image Malaysia

Next post

Mitsubishi Perkenalkan Buat Pertama Kali rekaan Baharu untuk Outlander 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *