BMW i8 Menang Anugerah Kereta Hijau Sedunia.
Hanya beberapa dekad lalu BMW mula mengambil langkah ke arah kecekapan ekstrem. Kecekapan Dinamik adalah konsep yang telah digunakan oleh syarikat sejak beberapa tahun sebelum ianya menjadi aspek pemasaran bagi pembangunan BMW kepada umum, dan ianya terbukti menjadi satu kejayaan apabila emisi diselia ketat dan pelanggan mendapat sebuah kenderaan mesra alam.
BMW I adalah langkah logikal seterusnya dalam progress Kecekapan Dinamik. Ianya adalah sebahagian dari BMW yang mempunyai kebebasan mencipta model yang sangat efisyen – samada ianya datang dalam bentuk elektrik sepenuhnya, BMW i3, atau hibrid BMW i8. Ini buat kali kedua kejayaan BMW i meraih kemenangan di Anugerah Kereta Dunia dalam kategori Kereta Hijau Sedunia. Menuruti kejayaan BMW i3 yang dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik pada tahun lepas, BMW i8 telah dianugerahkan anugerah berprestij ini di New York International Auto Show.
BMW i8 adalah kenderaan hibrid plug-in pertama dihasilkan oleh BMW Group. Ia menggabungkan prestasi sebuah kereta lumba dengan jumlah penggunaan minyak dan emisi seperti kenderaan sub-kompak. BMW i8 boleh dipandu hingga 37 km dibawah kuasa elektrik sahaja, memecut dengan gaya kereta sport tulen dan purata penggunaan seperti kereta sub-kompak.
Ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter tiga-silinder, dilengkapi dengan tenknologi BMW TwinPower Turbo dan dikombinasikan dengan motor elektrik. Bateri boleh dicas di outlet tenaga konvesional, di stesyen pengecasan atau dengan memandu sahaja. Sistem prestasi BMW i8 adalah 266 kW/362 hp dan memecut dalam hanya 4.4 saat pada 100km/sejam dari permulaan tidak bergerak (kombinasi penggunaan minyak: 2.1/100 km; kombinasi emisi CO2: 49 g/km)*.
No Comment