Land Rover Defender Dapat Injin Diesel yang lebih bersih sejak 2012.
Land Rover Defender mempunyai enjing yang lebih bersih, padat dan menjimatkan minyak sejak 2012 lagi.
Enjin baru ini di namakan EU5 2.2 liter diesel, yang dibangunkan daripada injin kenderaan komersial Ford Puma menggantikan injin diesel lamanya EU4 2.4-liter. Kuasa adalah sama tetapi perubahan adalah kepada nisbah mampatan, suntikan bahan api yang lebih bersih dan senyap.
Juga baru, penutup enjin akustik penuh. Ianya mengurangkan bunyi bising enjin. Mengurangkan jurang antara panel dan mengenakan sealant sebelum di cat juga membantu mengurangkan paras bunyi kabin.
Walaupun kapasitinya lebih kecil dan emisi dikurangkan, enjin baru ini menghasilkan kuasa sama berbanding injin 2.4 yang lama, 122PS @ 3,500rpm dan tork, 360nm @ 2,000rpm. Prestasi masih sama juga, dengan masa 0-60 bsj 14.7 saat seperti sebelum ini. Walau bagaimana pun kelajuan telah dinaikkan kepada 90mph berbanding 82mph sebelum ini.
Dengan penambahan-penambahan dan perbezaan baru ini ianya masih kenderaan yang kuat, kukuh dan teguh yang kita kenali dahulu.
No Comment