Mazda CX-5 2.5L Turbo AWD Bakal Dipamerkan Esok
Bermaz mengumumkan bahawa model yang ditunggu-tunggu iaitu Mazda CX-5 SkyActiv-G 2.5L Turbocharged AWD akan dipamerkan di pusat beli-belah Sunway Pyramid dari 4 hingga 9 September ini.
Bukan itu sahaja, model itu juga akan dibuka untuk tempahan bermula esok sebelum ia dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.
Setakat ini, Bermaz masih belum mendedahkan senarai harga dan spesifikasi. Namun apa yang kami tahu, varian turbo ini mempunyai 230 PS dan 420 Nm, serta menampilkan kelengkapan standard seperti G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) dan sistem infotainmen MZD Connect dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.
Jadi, tunggu apa lagi? Berkunjunglah ke Sunway Pyramid mulai esok untuk melihat dengan lebih dekat lagi model yang ditunggu-tunggu ini. Menurut Bermaz, model-model Mazda yang lain akan turut dipamerkan.
No Comment