Bolehkah Kereta Kena Banjir Diselamatkan?
Beberapa idea profesional dikongsi bersama dengan anda mengenai kerosakan banjir yang mungkin berguna buat anda.
Dengan banjir kilat selalu berlaku di serata negara dimana kereta, SUV dan bahkan pikap hanyut … dilanda banjir besar di kawasan seperti Subang Jaya baru-baru ini, ada pemilik kereta terduduk dan tertanya-tanya jika mereka boleh memulihkan kereta mereka yang rosak kerana banjir. Wang adalah penghalang terbesar bagi pemilik kereta kelas pertengahan ini dan tanpa insurans, mereka perlu membuat keputusan yang sukar.
Well, ianya bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kerosakan banjir yang berlaku kepada kereta anda, serta berapa banyak wang yang anda bersedia untuk melabur balik untuk memulihkannya.
Sama ada kereta yang rosak kerana banjir boleh dibaiki bergantung kepada beberapa faktor, termasuk:
- Sama ada kenderaan itu diistihar rugi sepenuhnya atau total loss oleh pembekal insurans anda
- Tahap kerosakan dan kakisan kepada kenderaan
- Komponen yang memerlukan penggantian
- Sama ada enjin dimasuki air
Kerosakan banjir adalah jauh lebih daripada hanya air saja, kerana segala-galanya dari lumpur hingga sampah dan juga ular pun boleh masuk ke dalam kereta anda. Walaupun kini dah kering tetapi masih kotor, jadi atasilah setiap bahagian satu per satu.
Mula Mula
Cabut plag dan keluarkan bateri dari kereta, dan keluarkan fius dan sambungan elektrik lain jika komponen ini terkena air dan biarkan kereta anda berjemur di bawah sinar matahari.
Bahagian Plastik
Plastik dalaman seperti pemegang pintu dan butang konsol tengah tidak berapa teruk. Anda boleh menggunakan pembersih dalaman yang khusus untuk mencuci dalaman, sabun basuh kereta luaran biasa anda, atau sabun pencuci pinggan jika itu saja yang anda ada. Gunakan apa sahaja untuk membersih dan kemudian mengering.
Karpet
Karpet kenderaan anda sudah memang kotor dengan penggunaan harian dan kerana itu, terdapat banyak pembersih karpet yang direka untuk menyelesaikan masalah anda. Ada yang mudah digunakan dan ada yang banyak kerja untuk membantu mengerjakan pembersih ke dalam permaidani. Ulangi sebanyak mana yang diperlukan. Jika anda tidak dapat membersihkannya 100 peratus atau jika ia sudah rosak teruk, maka baik ganti sajalah karpet itu.
Upholsteri
Tempat duduk kain boleh dibersihkan dengan pembersih karpet seperti yang disebutkan di atas. Anda perlu menggunakan pembersih upholsteri untuk tempat duduk, tempat letak tangan, dan pada dasarnya kesemua bahagian berkain, kerana perlunya menaikkan kotoran untuk mencegah bau busuk. Pembersih upholsteri direka khusus untuk melakukan itu.
Kerusi kulit pula mempunyai beberapa keperluan yang berbeza. Gunakan pembersih kulit untuk mengelakkan kesan kotor di tempat duduk. Jika spray anda bukan jenis 2-dalam-1, dapatkanlah perapi kulit yang berasingan. Ianya adalah langkah tambahan tetapi ianya berbaloi untuk memulihkannya balik kepada keadaan seperti baharu dari kilang.
Barang Besi
Besi dan keluli akan perlahan-lahan berkarat dengan hanya duduk di luar dari udara terbuka, tetapi prosesnya dipercepatkan secara mendadak apabila terdedah kepada air. Molekul oksigen logam, mengubahnya menjadi oksida yang lebih lemah kita panggil karat. Dengan hanya mengetahui bagaimana proses ini berfungsi, kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya.
Di dalam ruang kenderaan yang kosong, taburkan satu lapisan baking soda. Ya, sekadar sekotak baking soda yang mudah didapati dari mana-mana kedai runcit. Mengeringkan dan membersihkan bahagian keluli akan melambatkan karat, tetapi baking soda adalah alkalin dan sangat kering dan akan secara besar-besaran menghalang pembentukan karat. Sudah tentu, anda kini perlu membersihkan baking soda itu. Gunakan vakum rumah yang biasa sudah mencukupi.
Logam yang bercat boleh dibersihkan dengan mana-mana pencuci ringan, seperti sabun cuci luaran kereta, pembersih dalaman, degreaser, pencuci roda bercat, sabun pinggan, atau sabun tangan kegemaran anda. Gunakan apa yang anda ada.
No Comment