Ultima Evolution: 1033hp, 950 kg
Walaupun ia digelar Evolution, tapi sekali pandang nampak macam tiada sebarang perubahan. Ini kerana hanya nampak sedikit saja dari segi estetiknya. Ultima telah kekalkan rekaan dari model permulaan GTR dan Sports, bermakna bentuk panel badan telah dikekalkan.
Namun lebih banyak komponen gentian karbon digunakan, dan beberapa peningkatan lain dari segi kelengkapan dan kemasiapan, kualiti cat, ergonomic dan peralatan dalaman. Terdapat juga beberapa peralatan yang dinaik taraf untuk menampakkkan kereta ini lebih moden, seperti lampu belakang LED.
Dari segi output kuasa, Model Evolution ini dilengkapi dengan enjin Chevrolet berkuasa tinggi yang diubahsuai, bermula dengan 350hp dan meningkat pada 1033 hp apabila dipadankan dengan supercharger. Dengan berat hanya dibawah satu tan bermakna kereta ini mempunyai lebih dari seribu kuasa kuda dan kurang dari seribu kg untuk memecut.
Ratio kuasa & berat meletakkan Ultima Evolution pada kuasa tertinggi iaitu 0-100 km/jam dalam hanya 2.3 saat. Apa yang lebih menakjubkan ialah kelajuan tertingginya adalah 386km/jam. Bukan saja versi 1033hp yang pantas, malah versi kereta 480 hp juga mampu mendapat 0-100km/jam dalam 3.1 saat.
No Comment