Jeep Grand Cherokee Overland #LiveFree
Saya terasa macam ‘millionare’ bila membawa kereta ini. Ianya besar dan bergaya. Setiap orang yang melihatnya menegur saya. Kata mereka, ‘cantik kereta’ dan saya dengan bangganya bersetuju.
Grand Cherokee Overland. Kalau saya kata ianya sebuah SUV yang mewah, itu tak adil kerana ianya lebih dari itu. Ianya TERLALU mewah dan… berperibadi. Ianya sebuah kereta yang boleh menimbulkan beberapa emosi yang kian lama terpendam. Mewah tapi praktik, besar tapi boleh kemana-mana.
Namanya saja sudah besar. GRAND… memang Grand!. Rekaannya moden. Grilnya besar dan unik. Boleh dikenalli serta merta. Dari jauh sudah tau. Warna yang saya bawa ini adalah Deep Cherry Red Crystal Paint. Amat sesuai. Ramai yang suka. Kilatnya menyilau. Kromnya tidak terlalu banyak. Halus dan memang bersesuaian. Kedua-dua cangkuk tunda di depan nampak cantik berkrom. Tayar kilat 20 inci. Ekzos kiri kanan.
Bahagian dalamannya berkulit penuh yang berkualiti tinggi. Panel pintu, pemegang pintu, stering, kerusi depan belakang. Dashboard, batang gear berserta konsol tengahnya pun berkulit. Bumbung berbaldu. Command View Panoramic Sunroof. Tempat duduknya boleh dipanaskan dan dilaraskan secara eletronik. Stering pun boleh dipanaskan DAN dilaraskan secara elektronik. Kerusi belakang boleh dilipat. Uconnect touchscreennya besar, 8.4 inci. Sistem bunyi premium Alpine 9 speaker.
Kerana ia juga tinggi, memberi rasa serba dominasi. Segala lubang, bonggol, permukaan yang tidak rata tidak terasa bila melaluinya. Puas saya lalui kesemua bonggol dan lubang yang pernah saya lalui dengan kereta buruk saya yang bergegar bagai nak retak seribu, tapi dengan dia ni, langsung tak rasa apa apa. Tiada perasaan terhoyong hayang yang ada pada kenderaan sebesar ini yang lain. Sistem Quadra-Lift Air Suspension paling unik kerana ketinggiannya boleh diturunkan atau dinaikkan. Samada di lebuhraya atau di selekoh tajam ianya stabil dan tertanam rasanya ketika dibawa perlahan mahupun laju.
Agak mengejutkan. Untuk kereta sebesar ini ianya amat laju dan tangkas. Kalau dilihat dari luar memang tak sangka yang SUV sebesar gajah ini boleh dibawa macam kereta sekecil kancil. Enjinnya ialah Pentastar 3.6 V6 VVT. Kuasa kuda 284 HP dan Tork 347. Gear automatik tapi boleh dibawa cara manual dengan paddle shifters di stering. Handbrake tidak ada kerana dia pakai brek kaki.
Harga? Ketika saya memandunya saya sentiasa terfikir, “Saya membawa rumah saya ni.” Hanya orang seperti saya yang akan berfikiran begitu kerana saya tidak berkemampuan. Untuk orang yang berduit, ini takda hal. Harga atas jalan dengan insurans: Jeep Grand Cherokee Overland RM481,400.85. Model Jeep Cherokee yang kurang sedikit ciri-cirinya dipanggil, Limited, murah sedikit, RM 460,880.85.
Anda digalakkan melihat kereta ini sendiri di bilik bilik pameran mereka. Buat temujanji untuk pandu ujinya. Anda pasti akan berbelah bagi nanti, “Nak beli, satu lagi… kereta atau, satu lagi … rumah?” Kalau saya, beli je kereta ini sebabrumah dah ada banyak.
Layari website mereka: http://www.jeep.my/index.html
No Comment