Promosi Jualan Khas untuk Ford
Hari ini Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengumumkan promosi khas sehingga 30 April di semua pengedar Ford seluruh Negara bagi pembelian sebarang varian Focus, Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend. Pelanggan yang membeli sebarang varian Ford Focus akan menerima rebet tunai sebanyak RM10,000, manakala mereka yang memilih varian Fiesta 1.5L atau EcoSport Trend akan menerima rebet tunai RM8,000.
Semua varian Focus, Fiesta dan EcoSport datang dengan Extended Service Plan (ESP) dari Ford untuk memberikan ketenangan tambahan kepada pelanggan. Ford ESP adalahprogram penyelenggaraan selama 3 tahun atau 60,000km yang termasuk alat ganti dan caj buruh percuma.
Focus berteknologi tinggi, Fiesta yang sporti dan EcoSport kompak urban yang versatil dilengkapi dengan rangkaian teknologi pintar dan ciri-ciri keselamatan. Ini adalah keutamaan bagi rangkaian Ford, yang mewakili mereka dalam pasaran massa, jadi Ford berusaha keras untuk memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan pelanggan yang pelbagai.
Jadi sekiranya anda sedang mencari kereta baharu dan merasakan model Jepn dan Korea tidak memenuhi standard anda, mungkin boleh cuba varian Ford ini. Mereka menawarkan citarasa Eropah dan kualiti pada entry level – satu langkah baik dari segi rekaan mengikut kesedaran bajet dan mengurangkan kos.
No Comment