Berita Auto

Shahril Juara Velocity ESport Toyota Gazoo Racing 2019

Acara kemuncak Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur pada 22 September menyaksikan seramai 40 peserta berentap di pusingan akhir acara perlumbaan Esport terbesar di Malaysia berkenaan.

Toyota Gazoo Racing Velocity ESports

Bagi kejohanan tahun ini, Mohd Shahril Bin Nindar berjaya muncul juara setelah mengumpul mata tertinggi. Beliau berjaya mengalahkan Muhammad Uzair Bin Abdul Nasir yang menamatkan saingan di tempat kedua dan Mohammad Afif Bin Suhaimi di tempat ketiga.

FRDS9224

UMW Toyota Motor (UMWT) menjadi syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan pesat aktiviti sukan elektronik di sini sejak tahun lalu. Memandangkan maklum balas dan sambutan yang diterima begitu menggalakkan, UMWT sekali lagi menganjurkannya bagi edisi tahun ini.

FRDS8329

Kejuaraan Velocity ESport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 menyaksikan seramai 700 peserta telah bersaing sesama sendiri di dalam pusingan kelayakan yang diadakan di Cove ESport Hub, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor pada 31 Ogos, serta 1,14 dan 15 September.

FRDS9048

Tahun ini, semua pemenang akan berkongsi tawaran hadiah dengan nilai yang lebih besar iaitu RM70,000. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, naib juara RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000. Sementara itu, pemenang tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM4,000 manakala tempat kesebelas hingga kedua puluh mendapat RM1,000. Turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah produk permainan video elektronik bernilai RM11,000.

FRDS8775

Semua peserta menggunakan jentera Toyota GR Supra 2019, kereta flagship terbaru keluaran Toyota yang dibangunkan tidak hanya bagi kegunaan sukan permotoran sebenar, tetapi juga boleh dimanfaatkan dalam pertandingan Gran Turismo ESport.

FRDS8579

Tahun ini, peserta akan berlumba di sekitar Fuji Speedway, Jepun yang merupakan sebuah litar terkenal dengan laluan sepanjang 1.475 km serta melibatkan satu laluan lurus yang terpanjang di dunia. 10 peserta akhir pula akan berentap sesama sendiri di dalam perlumbaan 10-pusingan di dalam tiga litar terbaik melibatkan Kyoto Driving Park, Suzuka Circuit dan Fuji Speedway.

FRDS8522

Thrustmaster menjadi pembekal simulator perlumbaan T-GT bagi Kejuaraan Velocity Esport Toyota Gazoo Racing (GR) 2019 ini, dan juga untuk permainan maya Gran Turismo akan datang.

Previous post

Volvo Cars Lapor Pertumbuhan Jualan 10.2 Peratus

Next post

Yamaha 135 LC SE Versi 2019 Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *