Volkswagen Passat, Varian Passat dan Golf Sportsvan Terima Anugerah Red Dot Design
Passat, Varian Passat dan Golf Sportsvan adalah di antara pemenang Anugerah Red Dot Design bagi tahun ini. Volkswagen sekaligus merangkul tiga daripada anugerah antarabangsa yang unggul dalam kategori Rekaan Produk.
Model generasi kelapan dari Passat dan siri Variat Passat ini adalah antara kenderaan paling inovatif dalam segmennya. Ianya juga telah menetapkan standard untuk kualiti, keselesaan, keseronokkan memandu dan, rekaan. Bahagian depan dan belakang kenderaan ini yang dinamik, dengan air inlets yang dipanjangkan hingga sisi, memberikan Passat baharu ini tampil lebih besar dan berkuasa, manakala bonnet yang rendah, overhangs yang pendek dan jarak roda yang panjang menambahkan lagi keanggunan pada model ini.
Golf Sportsvan adalah satu lagi contoh sebuah kenderaan yang menarik dan dinamik. Ciri- ciri rekabentuk yang menentukan model ini termasuk tingkap sisi yang panjang dengan dua tambahan tingkap (pada sudut pillar A dan D) dan karektor garisan yang tajam. ‘MPV in the Golf line-up’ menawarkan rekabentuk dalaman yang pelbagai dengan kerusi belakang yang bujur laras. Walaupun dimensinya kompak, Golf Sportsvan menawarkan ruang yang secukupnya untuk lima orang dan bagasi untuk perjalanan jauh.
Anugerah Red Dot Design menyambut ulangtahun ke-60 tahun ini; dalam bidang rekaan produk ia diiktiraf sebagai lambang kualiti untuk rekaan yang terunggul. Para Juri bagi anugerah ini terdiri daripada pereka terkenal, Profesor rekaan dan wartawan rekaan dari 25 buah Negara, dan kesemua mereka berpengalaman dalam bidang masing-masing dan benar-benar neutral dalam membuat keputusan.
No Comment