Gaya Hidup / Lifestyle

Audi Paparkan Convertibles di Techno Classica

Tema inspirasi Audi tahun ini adalah satu ulangtahun: rangkaian roadster sporti dari Auto Union yang pertama dibangunkan 80 tahun lalu.  Melalui gabungan Audi, DKW, Horch dan Wanderer kepada Auto Union AG pada tahun 1923, reka bentuk sporti menjadi nilai jenama yang terkenal.  Ketika itu model convertible dua kerusi telah dibina untuk setiap jenama, dan ianya telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1935.  Tiga dari kereta sport ini adalah diantara highlight di Audi stand.

HI150008_small

Salah satu darinya adalah Audi Front 225 Roadster yang elegan dengan hud yang memanjang.  Kerana harganya 7,950 Reichmark, perancangan untuk produksi berjumlah rendah tidak menjadi. Sudahnya, hanya dua prototaip telah dibina.  Model yang dipamerkan adalah replica sebenar pada casis depan Audi kontemporari.

DKW F 5 Roadster memenuhi kehendak ramai pelanggan untuk kereta sport kecil dua kerusi dan terutamanya sesuai untuk pemandu muda yang angankan pemanduan sporti.  Secara keseluruhannya, sejumlah 407 model dikeluarkan dari kilang produksi.  Keluaran DKW bermula sejak dari 1937.

HI150009_small

Auto Union juga memperkenalkan sebuah roadster dari jenama Wanderer yang lewat setahun pembinaannya – pembangunan enjin pemampat enam silinder mengambil masa agak lama dari perancangan awal.  Roadster vintaj 1937 dapat dilihat di Essen.  Rekaan elegan Wanderer W 25 K yang tidak lapuk ditelan zaman masih tampak bergaya dari dulu dan kini.

Tiga motorsikal NSU yang sangat berjaya dalam perlumbaan juga boleh dilihat di situ: NSU 500 SSR, NSU Rennfox dan NSU Sportmax.  Replika racing service bus NSU ‘Renndienst’ dari Volkswagen turut sama menyertai motorsikal lain dari sejarah perlumbaan NSU.

HI150010_small

Previous post

Volkswagen Passat, Varian Passat dan Golf Sportsvan Terima Anugerah Red Dot Design

Next post

Skuter Sporti Baru Vespa Sprint

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *