Berita Auto

Lotus Catat Jualan Terbaik Sejak Tahun 2008

Hari ini, Lotus mengumumkan peningkatan jualan kereta sport sebanyak 55% pada akhir tahun 2014/15. Bagi keseluruhan tahun, jumlah keseluruhan kereta terjual adalah sebanyak 2015 unit, berbanding 1,296 unit pada tahun 2013/14. Ini merupakan jumlah jualan terbaik bagi mereka sejak tahun 2008/09.

Lotus-Evora_Sports_Racer_2013_800x600_wallpaper_091

Peningkatan paling tinggi dicatat di pasaran negara China iaitu sebanyak (+186%), Perancis (+177%) dan German (+130%), manakala Jepun (+103%) kekal sebagai pasaran eksport terbesar bagi syarikat. Jualan di UK adalah lebih dua kali ganda kepada 346 unit (+102%) berbanding sebelum ini. Di Amerika Syarikat, dimana hanya model Evora sahaja dijual sebagai kereta untuk jalanraya manakala Elise dan Exige adalah khas sebagai kereta litar, jualannya bertambah 24%.

image002 (1)

Model Elise mendahului prestasi yang cemerlang dengan peningkatan jualan kepada 80% dalam jumlah 729 unit terjual. Model Exige S turut meningkat sebanyak (+52%) dengan jumlah 724 unit manakala model Evora pula meningkat sehingga 35% dengan 562 unit.
Walau bagaimanapun, bilangan angka ini dijangka akan berubah secara radikal dengan pelancaran Evora 400 pada bulan Ogos.

Kejayaan dua model baru, Elise 220 Cup dan Exige S automatik dalam kedua coupe dan roadster forms. Jumlah pengedar baru sudah bertambah sebanyak 36 dalam tahun 2014/15 dengan terdapat 174 pengedar di serata dunia.

Lotus-Exige-S

Sama juga dengan Evora 400 baharu, Elise 220 Cup dan Exige S automatik, dua model baru tambahan – Ulangtahun ke-20 Elise S dan Exige S Club Racer – yang keluar dari pasaran. Sifat residual yang kuat pada semua kereta Lotus, membantu pelanggan untuk menghargai nilai produk mereka.

Negara 2013-14 2014-15 % Peningkatan
Belgium 42 83 98%
Canada 11 15 36%
China 28 80 186%
France 57 158 177%
Germany 76 175 130%
Italy 36 48 33%
Japan 180 365 103%
Luxembourg 4 14 250%
UK 171 346 102%
USA 197 245 24%

Evora-400-1

Previous post

Skuter Sporti Baru Vespa Sprint

Next post

Ford Paten Transmisi Automatik 11-Kelajuan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *