Senarai Harga Kereta Proton [2019]
Harga-harga berikut diambil daripada laman web rasmi Proton. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan (OTR) tanpa insurans untuk model yang dijual di Semenanjung Malaysia.
Saga
- 1.3L Standard MT – RM32,800
- 1.3L Standard AT – RM35,800
- 1.3L Premium AT – RM39,800
Iriz
- 1.3L Standard MT – RM36,700
- 1.3L Standard CVT – RM39,700
- 1.3L Executive CVT – RM44,700
- 1.6L Executive CVT – RM46,700
- 1.6L Premium CVT – RM50,700
Persona
- 1.6L Standard MT – RM42,600
- 1.6L Standard CVT – RM44,600
- 1.6L Executive CVT – RM49,600
- 1.6L Premium CVT – RM54,600
Exora
- 1.6L Turbo Executive CVT – RM59,800
- 1.6L Turbo Premium CVT – RM66,800
Preve
- 1.6L Turbo Executive CVT – RM61,090.94
- 1.6L Turbo Premium CVT – RM68,430.57
X70
- Standard 2WD – RM99,800
- Executive 2WD – RM109,800
- Executive AWD – RM115,800
- Premium 2WD – RM123,800
Perdana
- 2.0L Solid – RM103,927.68
- 2.0L Metallic – RM104,326.21
- 2.4L Solid – RM126,849.21
- 2.4L Metallic – RM127,247.74
Mengenai Proton
Semuanya bermula pada 1979, apabila Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, mencetuskan idea untuk mewujudkan sebuah industri pemasangan dan pembuatan automotif di negara kita. Tiga tahun kemudian, Kabinet meluluskan Projek Kereta Nasional.
Impian tersebut menjadi kenyataan apabila PROTON ditubuhkan secara rasmi pada 7 Mei 1983. Model pertama mereka, Proton Saga, dilancarkan pada 9 Julai 1985. Singapura menjadi pasaran baru pertama bagi model itu.
Tahun berikutnya, kita melancarkan Proton Saga 1.5L sedan dan aeroback. Pada masa itu, lebih 50,000 unit Proton Saga telah dihasilkan dan dijual di Bangladesh, Brunei, New Zealand, Malta dan Sri Lanka. Tidak lama selepas itu, kereta-kereta Proton diedarkan ke United Kingdom.
Dalam usahanya untuk memulihkan pegangan pasaran dan menguruskan persepsi, Proton mendedahkan logo baharu dan 10 inisiatif untu memperbaiki dan meningkatkan pengalaman pelanggan.
Pada 24 Mei 2017, Zheijiang Geely Holding Group Co, Ltd (Geely) berjaya memperoleh pegangan 49.9% di dalam PROTON. PROTON menjual 100% sahamnya di dalam Group Lotus plc dengan 51% diperolehi Geely dan 49% Etike Automobile Sdn Bhd.
Hari ini, PROTON bersandar kepada tiga nilai teras jenamanya: Teknologi Inovatif, Kebolehpercayaan dan Antarabangsa.
Dengan mengakses teknologi terbaik di seluruh dunia, mencari bahagian terbaik yang tersedia dan memanfaatkan bakat, pengalaman dan pembelajaran yang merentasi sempadan – mereka percaya mereka dapat membina kereta yang lebih baik, memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan bersaing di peringkat antarabangsa,
No Comment