Aston Martin Tukar Nama GT3 Kepada GT12
Berikutan dengan bantahan dari Porsche berkenaan dengan penggunaan GT3 moniker, Aston Martin secara senyap senyap mengumumkan edisi khas Vantage GT3 yang akan berada di pasaran sebagai ‘GT12’.
Kereta ini telah didedahkan dua bulan lalu, sebagai Vantage GT3, dan ia sebenarnya adalah edisi terhad lebih rendah dari asal dengan enjin V12 6 liter yang menghasilkan 600hp dan tork 625. Mereka telah berjaya membuang lebih kurang 100 kg dari asas kereta Vantage V12 S, jadi beratnya adalah 1,565kg.
Porsche, yang telah menghasilkan model 911 GT3, menghubungi Aston Martin dengan amaran untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pembuat auto British ini gagal menggunakan nama berbeza untuk kereta tegar coupe sport terbaru mereka. Sebagai respon dari amaran tersebut, mereka mengalah dan memberikan nama baru iaiti ‘Vantage GT12’, menggantikan semua penggunaan nama ‘GT3’ pada kenyataan akhbar dan bahan bahan promosi.
Sudah tentunya, tiada apa yang berubah, dengan hanya 100 kereta saja dihasilkan untuk penjualan luar dari U.S. dan China sebelum akhir tahun ini. Kereta ini masih menghasilkan 0-100km/jam dalam masa 3.7 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 297 km/jam. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dibuat samada varian GT3 untuk litar sahaja akan ditukar nama kepada GT12.
No Comment