Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

RISDA Fleet Sdn Bhd Beli Trak Tugas Berat UD Quester

Divisyen pengurusan kenderaan pengangkutan untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) membeli lima unit trak tugas berat UD Quester.

BHP Banner

Tiga unit model prime mover UD Quester 6×4 dengan tanker dan dua unit prime mover UD Quester 6×4 dengan trailer kargo kayu.

Trak-trak ini akan digunakan untuk mengangkut baja dan minyak sawit mentah ke seluruh negara.

UD_RISDA_02

Syarikat itu berkata, berdasarkan kepada pembelian empat unit prime mover UD Quester sebelum ini, mereka mendapati trak tersebut sangat boleh dipercayai, tahan lasak dan jimat bahan api.

UD_RISDA_03

Siaran Media

Selangor, 17 Oktober 2019 – UD Trucks dan rakan pengedar tunggalnya, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) baru-baru ini menyerahkan lima unit trak tugas berat UD Quester kepada RISDA Fleet Sdn Bhd, divisyen pengurusan kenderaan pengangkutan untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Trak-trak yang baru dibeli ini terdiri daripada tiga unit model prime mover UD Quester 6×4 dengan tanker dan dua unit prime mover UD Quester 6×4 dengan trailer kargo kayu.

Penyerahan itu membuktikan komitmen UD Trucks dan TCIE dalam membantu RISDA Fleet Sdn Bhd memenuhi permintaan logistiknya yang semakin berkembang. Ini kerana trak-trak tersebut akan digunakan untuk mengangkut baja dan minyak sawit mentah ke seluruh negara.

RISDA yang terletak di bawah Kementerian Hal-Ehwal Ekonomi diberi kepercayaan untuk memantau pihak berkepentingan di dalam sektor ini, apatah lagi ia merupakan sektor pengeluaran yang penting kepada ekonomi negara. Mandat utama agensi ini adalah untuk mengimplementasikan polisi dan program demi memastikan pertumbuhan dan kebolehjayaan semua pihak yang terlibat dalam industri getah, disamping menambah baik kesejahteraan sosial dan ekonomi mereka.

Satu majlis khas telah diadakan sebagai tanda penyerahan trak tugas berat tersebut. Dengan trak-trak baharu ini, RISDA Fleet Sdn Bhd kini sudah memiliki sembilan unit trak UD Quester.

Menurut RISDA Fleet Sdn Bhd, pengurusan kos bahan api dan memastikan keselamatan manusia serta kargo adalah sangat penting bagi mereka. Syarikat itu berkata, berdasarkan kepada pembelian empat unit prime mover UD Quester sebelum ini, mereka mendapati trak tersebut sangat boleh dipercayai, tahan lasak dan jimat bahan api. Selain memiliki rekod yang cemerlang dari segi jangka hayat dan tempoh boleh beroperasinya. Semua kualiti ini telah membantu RISDA Fleet Sdn Bhd mengelak sebarang bentuk penyelenggaraan yang serius, sekali gus memastikan penghantaran kargo yang efisien.

RISDA Fleet Sdn Bhd juga memberitahu bahawa keputusan untuk menambah lebih banyak trak UD Quester dipengaruhi oleh banyak faktor seperti mampu milik dan maklum balas positif daripada para pemandu tentang kualiti pemanduan dan ciri-ciri teknologi UD Quester, terutamanya dari segi keselamatan dan panduan penjimatan bahan api.

Ketua Pegawai Operasi TCIE, Jaclyn Loy berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada RISDA Fleet Sdn Bhd kerana memilih UD Quester sekali lagi dalam usaha memenuhi keperluan logistik mereka yang meningkat. UD Quester dibina untuk menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api luar biasa kepada para pelanggan. Kami sangat berbesar hati kerana RISDA Fleet berpeluang merasai sendiri semua manfaat ini. Penyerahan trak baharu ini juga membuktikan hubungan positif kami dengan RISDA Fleet serta komitmen kami untuk menawarkan logistik pintar.”

Di Malaysia, para pelanggan UD Trucks disokong oleh rangkaian 43 pusat servis dan pengedar sah TCIE yang ekstensif di seluruh negara. Ia menawarkan perkhidmatan UD Extra Mile Support yang merangkumi Servis dan Alat Ganti Tulen UD, Latihan Pemandu UD, Perkhidmatan Telematik UD serta UD Trust Service Agreements.

 

Previous post

Kenapa Penjual Roti Bermotor Semakin Pupus

Next post

Pemenang Anugerah Bintang Popular Mira Filzah Menang Nissan X-Trail 2.0L Hybrid

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *