Dongfeng Sedan Baharu Tampak Lebih Kebenuaan
Pembuat kereta China, Dongfeng, telah menyiarkan foto sedan baharu mereka, yang diberi nama Number 1. Number 1 telah dipamerkan buat pertama kali semasa Beijing Auto Show 2014, dan nampaknya tidak banyak perubahan yang dibuat. Rekaannya bersih, garisan lurus pada keseluruhan badan kereta. Sejujurnya, mudah untuk membuat silap bila menentukan yang mana satu Number 1 dan German sedan, terutamanya dari shot profil.
Yang paling ketara adalah lampu yang dipasang pada bumper depan yang nampak tidak sesuai dengan lampu depan tinted dan penampilan kereta itu sendiri. Dan apabila bercakap tentang lampu depan, nampaknya mereka menggunakan LED projector, yang menambah sentuhan moden dan berteknologi. Keseluruhannya, pakej sekata yang berbaloi, dan ini adalah peringatan bahawa industri kereta buatan China mempunyai keupayaan untuk menghasilkan rekaan menarik.
Melalui hasil perkongsian dengan PSA Peugeot Citroen, tidak hairanlah model Number 1 ini menggunakan platform Perancis. Ia adalah sama dengan konglomerat Perancis gunakan untuk menghasilkan Citroen C5 dan Peugeot 508. Laporan menunjukkan kebanyakan peralatan yang digunakan untuk DongFeng Number 1 diambil dari model C6 yang dalam pengeluaran. Enjin dipakai dari sumber PSA, samada enjin 200 hp 1.6 liter turbocharged petrol atau enjin kurang kuasa, 2 liter N.A.
No Comment