SOCAR Memperluaskan Zon Mereka
Mereka kini boleh di dapati di 52 buah stesen PETRONAS di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
SOCAR Malaysia adalah sebuah rangkaian perkongsian kereta di Malaysia kini berkerjasama dengan 52 buah stesen minyak PETRONAS di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang untuk memudahkan pengguna mengambil dan mengembalikan kenderaan dengan hanya satu sentuhan pada bila-bila masa setiap hari.
Beberapa lokasi baru yang dimasukkan ke dalam senarai ialah stesen PETRONAS di Mutiara Damansara, NPE Pantai Dalam, TTDI, Jalan Maarof, Johor Jaya dan Sunway BKE.
Pemeluasan zon-zon SOCAR ini dilancarkan ekoran pengumuman SOCAR Malaysia pada bulan lepas di mana jumlah kenderaan yang tersedia bertambah kepada 2,000 buah merangkumi 26 model di lebih 1,000 lokasi di seluruh Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
No Comment