Honda Lancar Step WGN 2015 di Jepun
Melihat kepada penampilan baharunya, rekabentuk semula bagi model Step WGN MPV sekarang memiliki wajah yang sporti pada bahagian hadapannya dengan gril yang lebih terserlah disambung pada lampu utama yang lebih konvensional. Manakala bahagian belakangnya pula, panel badan yang lebih berprofil dengan keunikkan “Waku Waku Gate” yang boleh dibuka dari atas mahupun di sisi.
Inspirasi Eropah Utara jelas kelihatan apabila melihat di bahagian kabinnya, terutama menerusi cluster instrumen digital, kekemasan hitam berkilat dan trim kayi plastik. Model ini turut menampilkan roda stereng tiga-jejari, tempat duduk barisan ketiga yang boleh dilipat 60-40 dan juga pilihan system hiburan.
Dijanakan oleh enjin baharu 1.5 liter VTEC TURBO yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 150PS dan tork setinggi 203Nm. Ia juga disambungkan dengan transmisi boleh laras berterusan yang menyalurkan kuasa kepada system pacuan semua roda. Persoalannya sekarang, bilakah MPV keluarga bersaiz sederhana ini datang ke bilik pameran Honda Malaysia?
No Comment